Rakyat Malaysia Digesa Bantu Mangsa Gempa Bumi Haiti

Diterbitkan: Jumaat, 15 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mercy Malaysia merayu rakyat negara ini membantu mangsa gempa bumi di Haiti dengan menghulurkan bantuan kepada mana-mana pertubuhan yang kini berada di negara itu untuk memberikan bantuan.

Presidennya Dr Ahmad Faizal Mohd Perdaus berkata Mercy Malaysia sedang memantau situasi di negara itu dari ibu pejabatnya dan melalui rakannya, sebuah badan bukan kerajaan yang beribupejabat di United Kingdom, Merlin, yang kini berada di tempat kejadian di Haiti.

"Mercy Malaysia kini menghadapi kekurangan dalam aspek kewangan dan tenaga kerja. Bagi Haiti, jarak geografi memerlukan kos yang tinggi.

"Dengan itu kita tidak dapat menghantar kakitangan dan atau sukarelawan untuk memberikan bantuan kepada mangsa gempa bumi di Haiti ketika mereka memerlukannya," kata beliau dalam kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata gempa bumi 7.0 magnitud melanda Haiti kelmarin dan ramai penduduk dikhuatiri mati kerana gempa susulan masih berlaku di ibu negara itu, Port-au-Prince.

Ramai mangsa gempa bumi dikhuatiri terperangkap atau tertimbus di bawah runtuhan bangunan sekolah, hospital serta rumah, dan bagaimanapun sambutan daripada masyarakat dan pertubuhan antarabangsa sangat menggalakkan dalam aspek jumlah bantuan. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan