Petrosaudi Tinjau Untuk Nyah Senarai UBG, Dua Subsidiari

Diterbitkan: Jumaat, 15 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: PetroSaudi International Ltd (PSI) merancang untuk menjadikan UBG Bhd persendirian dan dikeluarkan daripada penyenaraian apabila ia menyelesaikan pemerolehan pegangan dalam UBG yang kini dipegang oleg tiga pemegang saham utama.

PSI juga dijangka mengambil alih dan menyahsenarai dua subsidiari UBG iaitu Putrajaya Perdana Bhd (PPB) dan Loh & Loh Corporation Bhd (LLCB).

"Keseluruhan proses berkenaan, sekiranya diterima sepenuhnya oleh pemegang saham UBG, PPB dan LLCB, dijadual siap pada akhir suku pertama 2010 dan membabitkan PSI membelanjakan kira-kira RM1.4 bilion," demikian menurut PSI dalam satu kenyataan hari ini.

Ini akan merupakan pelaburan penting kedua oleh syarikat Arab Saudi di Malaysia dan menunjukkan wujudkan hubungan ekonomi yang semakin erat antara Kuala Lumpur dan Arab Saudi.

PSI merupakan syarikat pemegangan pelaburan beribu pejabatnya di Arab Saudi dengan tumpuan kepada sektor tenaga, pembinaan dan projek-projek strategik lain di pelbagai rantau di seluruh dunia, dengan memanfaatkan pengetahuan yang mendalam dalam sistem global pelbagai industri.

PSI menjalin hubungan erat dengan setiap negara yang ia menjalankan perniagaan. Pada 29 Dis, 2009, PSI mengemukakan tawaran untuk memperoleh semua saham dalam UBG yang kini dipegang oleh Majestic Masterpiece Sdn Bhd (MMSB), Concordance Holdings Sdn Bhd (CHSB) dan PPES Works Sarawak Sdn Bhd (PPES) secara tunai pada RM2.50 sesaham.

MMSB adalah anak syarikat milik penuh Abu Dhabi-Kuwait-Malaysia Investment Corporation (ADKMIC) yang pemegang sahamnya termasuk pelabur Timur Tengah. Syarikat kini menguasai 52.62 peratus pegangan dalam UBG yang diperoleh pada 2008.

Pada 8 Jan, MMSB, CHSB dan PPES menerima tawaran PSI untuk mengambil alih keseluruhan kepentingan ekuiti mereka dalam UBG tertakluk kepada kelulusan pemegang saham syarikat berkenaan.

CHSB, subsidiari milik penuh Cahya Mata Sarawak Bhd (CMS), menguasai 28.29 peratus kepentingan dalam UBG manakala PPES, adalah anak syarikat dengan CMS menguasai 51 peratus, mempunyai kepentingan 8.92 peratus dalam UBG.

Apabila selesai pemerolehan pegangan yang dikuasai MMSB, CHSB dan PPES, yang akan menjadikan PSI menguasai lebih 33 peratus daripada saham UBG, tawaran am mandatori (MGO) untuk semua saham yang belum dipegang oleh PSI akan bermula.

Apabila MGO dilaksana di peringkat UBG, ia akan secara automatik membawa kepada obligasi untuk PSI untuk turut melaksanakan MGO untuk baki saham biasa dalam PPB dan LLCB yang kini tidak dipegang oleh UBG.

Cadangan pelaburan ini akan merupakan usaha kedua PSI Group di rantau ini, susulan langkah permulaan yang diambil melalui usaha sama bernilai AS$2.5 bilion dengan 1Malaysia Development Bhd (1MDB). Tetapi menurut PSI, ia akan menjalankan pemerolehan, menjadikan persendirian dan menyah senarai UBG dengan sendiri dan mempunyai transaksi berasingan daripada usaha sama dengan 1MDB.

Seorang jurucakap PSI berkata: "Kami yakin akan wujud peluang ekonomi yang ketara di Malaysia untuk diterokai. PSI percaya pemerolehan UBG itu akan memberikan kami asas segera dan kukuh di Malaysia meliputi semua sektor."

Sekiranya usaha menjadikan UBG, PPB dan LLCB persendirian berjaya, PSI akan memastikan proses peralihan akan berjalan lancar.

"Tidak akan berlaku sebarang perubahan dalam struktur pengurusan dan semuanya seperti biasa. Kami mempunyai kepercayaan terhadap pengurusan profesional dan melihat bakat dalam organisasi semasa UBG.

"Malah, kami menjangka semua kakitangan UBG akan mendapat ganjaran yang sewajarnya bagi sumbangan mereka kepada pertumbuhan kumpulan," kata jurucakap itu.

PSI percaya kepakarannya dalam sektor minyak dan gas akan membantu UBG dalam menarik lebih nilai daripada pelaburannya sektor itu di Thailand dan membantu mengenal pasti lebih banyak pelaburan dalam sektor tersebut.

Bagi pihaknya, PSI akan mendapat faedah daripada kemahiran dan kepakaran pembinaan dan kejuruteraan PPB dan LLCB. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan