Nik Aziz Kecam Penulis Blog Mengumpat

Diterbitkan: Jumaat, 15 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sekali lagi mengulangi kritikannya terhadap penulis blog yang lebih dianggap sebagai mengumpat daripada memberi ilmu kepada pembaca.

Katanya, tulisan blog banyak bersifat mengumpat orang lain dengan pelbagai isu dan meminta rakyat menapis maklumat yang tidak mendatangkan ilmu yang disalurkan oleh penulis dalam blog masing-masing.

"Blogger yang macam ini bukan boleh nak tambah ilmu, kerana banyak dok mengumpat orang. Kalau blogger boleh tambah ilmu tak apa," katanya ketika menyampaikan kuliahnya di Dataran Ilmu, di sini, hari ini.

Baru-baru ini, Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS menyifatkan penulis blog yang cuba melaga-lagakan pihak tertentu khususnya dalam politik PAS Kelantan sebagai 'blogger celaka'.

Dalam perkembangan lain, beliau mencadangkan pembuat kuih tradisonal di negeri itu mengambil langkah proaktif menukar nama-nama kuih tradisional yang tidak manis didengar, seperti kuih 'tahi itik'.

Katanya, nama baru yang lebih sedap didengar boleh menarik orang ramai membelinya sesuai dengan keenakan kuih berkenaan.

Menurutnya, kalau nama kuih tradisional lain, seperti 'puteri mandi', 'jala emas' boleh dinamakan maka tidak ada sebab kuih 'tahi itik' juga ditukar kepada nama yang lebih sesuai. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan