Klinik 1Malaysia Di Tawau Dapat Sambutan

Diterbitkan: Jumaat, 15 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TAWAU: Klinik 1Malaysia di Bandar Sri Indah, kira-kira 16 kilometer dari sini, yang memulakan operasinya sejak seminggu lepas mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat.

Klinik itu yang menyediakan tujuh jenis perkhidmatan kesihatan dan rawatan sakit ringan serta beroperasi antara jam 10 pagi dan 10 malam setiap hari, menerima purata 20 pesakit setiap hari.

"Sememangnya klinik ini diwujudkan untuk memberi kemudahan dan peluang kepada penduduk di sekitar kawasan ini mendapat rawatan dan khidmat kesihatan yang baik. Sehubungan itu, kita berharap penduduk memanfaatkan kemudahan ini sebaik-baiknya," kata seorang jurucakap klinik berkenaan.

Menurutnya, selain penduduk dari kawasan perumahan Bandar Sri Indah, penduduk kampung di sekitar kawasan berkenaan turut datang untuk mendapatkan rawatan di klinik tersebut.

Rata-rata pesakit yang ditemui pula melahirkan kegembiran dan rasa puas hati dengan perkhidmatan yang diterima di klinik berkenaan serta berpendapat pembukaan klinik seperti itu amat sesuai.

Nikma Halimin, 43, dari Kampung Membalua, kira-kira 2 kilometer dari Bandar Sri Indah berkata, sebelum ini, jika ada anggota keluarga yang sakit, dia akan membawa mereka ke bandar Tawau untuk menerima rawatan sama ada di klinik atau hospital.

"Kalau dahulu, kadang-kadang saya mengeluarkan sehingga RM50 untuk kos sekali rawatan di kawasan bandar tetapi sekarang saya cuma membayar RM1," kata ibu kepada lima anak itu yang datang ke klinik berkenaan untuk menerima rawatan atas masalah gastrik yang dialaminya.

Sementara itu, Hatta Lakka, 60, pula berkata, dia datang ke klinik berkenaan dengan berjalan kaki sahaja kerana klinik tersebut tidak jauh daripada tempat dia bertugas sebagai pengawal keselamatan.

Hatta yang datang ke klinik itu untuk mencuci luka di kakinya setelah terkena besi tajam ketika sedang bertugas berkata, jika Klinik 1Malaysia tidak diwujudkan di situ, dia tidak ada pilihan selain mendapatkan rawatan di klinik atau hospital di bandar Tawau. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan