Kenyataan Puad Zarkashi Tidak Tepat - Majlis Dekan-Dekan Pendidikan IPTA

Diterbitkan: Jumaat, 15 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: Majlis Dekan-dekan Pendidikan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) hari ini menyifatkan kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi yang meminta IPTA tidak menawarkan kursus pendidikan untuk guru sekolah rendah adalah sesuatu yang tidak tepat.

Pengerusi majlis itu Prof Abdul Rashid Mohamed dalam satu kenyataan berkata, kursus untuk guru sekolah rendah itu sebenarnya dianjurkan oleh IPTA atas dasar yang dibentuk oleh Kementerian Pelajaran sendiri untuk pengsiswazahan semua guru.

Katanya, program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan untuk guru sekolah rendah dan prasekolah ditawarkan oleh IPTA atas arahan Kabinet pada tahun 2003 dan program ijazah itu telah berakhir pada sesi akademik 2006/2007.

"Program ini telah diberhentikan berdasarkan persetujuan antara Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi dan semua IPTA yang menawarkan program tersebut dijangka mengeluarkan kumpulan terakhir graduan berkenaan sekitar 1,000 orang pada tahun ini," kata beliau.

Semalam Dr Mohd Puad dipetik sebagai berkata IPTA tidak sewajarnya menawarkan program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sekolah Rendah) memandangkan ia telah ditawarkan oleh Institusi Pendidikan Guru (IPG).

Beliau berkata, penawaran program berkenaan di IPTA menjadi salah satu punca masih ada guru lepasan ijazah yang menganggur tidak mempunyai tempat di sekolah-sekolah rendah.

Abdul Rashid berkata, sememangnya sejak dahulu lagi dasar melahirkan tenaga guru ialah Maktab Perguruan melatih guru bukan siswazah untuk sekolah rendah dan IPTA melatih guru siswazah untuk sekolah menengah.

Katanya, apabila dasar pengsiswazahan semua guru dimulakan, Kabinet telah menetapkan bahawa IPGM (Institut Pendidikan Guru Malaysia) melatih guru siswazah sekolah rendah manakala IPTA pula terus melatih guru siswazah sekolah menengah.

Beliau berkata, IPTA sentiasa bertindak mengikut keperluan kritikal negara dan berusaha melahirkan graduan-graduan dalam bidang-bidang keperluan termasuk dalam bidang ilmu pendidikan.

"Sebagai Pengerusi Majlis Dekan Pendidikan IPTA, saya sangat-sangat berharap semua pihak menyemak dahulu fakta sebelum mengeluarkan kenyataan kerana ia akan memberi tanggapan negatif terhadap kerajaan dan seterusnya mengelirukan rakyat," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan