Kedah Kekurangan Beras ST15: CAKE

Diterbitkan: Jumaat, 15 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Persatuan Pengguna Kedah (Cake) meminta supaya kuota bekalan beras Super Tempatan 15 peratus hancur (ST15) di negeri ini ditambah setelah mendakwa berlaku kekurangan bekalan yang serius sejak dua bulan lalu.

Presiden Cake, Datuk Yusuff Ismail berkata, tinjauan mendapati bekalan beras ST15 di beberapa daerah tidak mencukupi dan jumlah kuota yang sedia ada perlu ditambah bagi menampung permintaan yang semakin meningkat.

"Saya difahamkan ada masalah yang melibatkan kuota pengeluaran beras ST15 oleh pihak Kawal Selia Padi dan Beras Negara. Cake berharap masalah ini dapat diselesaikan segera kerana saya banyak menerima laporan daripada orang awam mengenai kekurangan bekalan beras ST15," katanya ketika ditemui pemberita semasa membuat tinjauan di beberapa kedai runcit di sini hari ini.

Katanya, sebagai contoh bekalan beras ST15 yang diperuntukkan untuk Kota Setar hanya 350 tan sebulan, sebaliknya hasil tinjauan Cake mendapati sebanyak 500 tan bekalan diperlukan bagi menampung permintaan di daerah berkenaan.

Seorang peruncit, Raja Kamarudin Raja Yaakob berkata, beliau tidak menerima bekalan ST15 sejak dua bulan lalu dan pelanggannya sering merungut kerana hanya beras gred lain yang dijual di kedainya tetapi lebih mahal.

"Bulan ini saya tidak dapat langsung bekalan. Sebelum ini ada juga dalam lima kampit. Pemborong kata stok tidak ada," katanya.

Seorang pemborong beras di Kulim, Datuk Noridan Speewee berkata, bekalan beras di daerah itu memang tidak mencukupi dan beliau difahamkan bahawa agihan pembahagian kuota belum dikeluarkan.

"Perkara ini patut segera diselesaikan sebab ramai pengguna membeli beras ni dan untuk daerah Kulim sepatutnya kita perlukan sebanyak 250 tan beras sebulan, tapi yang dapat cuma 150 tan.

"Saya juga ingin memohon kepada Ketua Pengarah Bahagian Kawal Selia Padi dan Beras Negara supaya menyelesaikan segera masalah ini kerana beras adalah keperluan harian yang penting," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan