Kadar Baru Tambang Teksi Di Sarawak Bermula Mac

Diterbitkan: Jumaat, 15 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Mulai 1 Mac ini, kadar tambang teksi bermeter di Sarawak akan diseragamkan dengan kadar di Sabah iaitu RM10 bagi tiga kilometer pertama dan 12 sen bagi setiap 100 meter berikutnya.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata, kadar baru itu kini sedang menunggu proses pewartaan sebelum dikuatkuasakan pada tarikh berkenaan.

"Pemilik dan pemandu teksi di Sarawak dikehendaki mengubah suai meter mengikut kadar baru tersebut selepas ia diwartakan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri taklimat oleh Pengarah Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak, Wan Samsulri Wan Hasbi di ibu pejabat LPKP di sini hari ini.

Sebelum ini, kadar tambang baru berkuatkuasa 1 Ogos tahun lalu mendapat bantahan kerana mendakwa ia merugikan sehingga menyebabkan persatuan pemandu dan pemilik teksi bermeter di Sarawak menghantar memorandum kepada LPKP Sarawak pada Oktober mencadangkan agar kadar di Sarawak diselaraskan dengan di Sabah.

Terdapat lebih 900 teksi bermeter beroperasi di Sarawak tetapi sistem itu hanya dilaksanakan di Kuching, Sibu dan Miri.

Berikutan bantahan itu, LPKP Sarawak memberi kebenaran kepada pemandu dan pemilik teksi bermeter di negeri itu mengenakan kadar lama sementara kajian semula diadakan dan menunggu kelulusan kadar baru di peringkat kementerian.

Pada 1 Ogos tahun lalu, kadar baru teksi yang dicadangkan bagi Sarawak mendapat bantahan iaitu RM3 untuk satu kilometer pertama, dan 12 sen untuk setiap 100 meter manakala di Sabah kadar teksi ialah RM10 untuk tiga kilometer pertama dan 12 sen untuk setiap 100 meter berikutnya. Kadar teksi Sarawak sekarang ialah RM4 untuk dua kilometer pertama dan 10 sen untuk setiap 100 meter berikutnya.

Dalam perkembangan lain, Liew berkata, sistem teksi berkupon yang dilaksanakan di lapangan-lapangan terbang di Sarawak akan diperluaskan penggunaannya di Kuching dan Sibu mulai akhir Mac ini.

"Penggunaan teksi bermeter masih diteruskan terutama di kawasan yang tidak menawarkan sistem berkupon," katanya, sambil berkata bahawa manfaat sistem ini ialah kadar tambang seragam dan penumpang mengetahui dengan jelas jadual tambang bagi sesuatu destinasi.

Beliau berkata, LPKP Sarawak mulai 1 Februari ini tidak akan melayan sebarang permohonan untuk memperbaharui atau tambahan daripada pengusaha bas ekspres yang mempunyai saman tertunggak dan mahu pengusaha bas ekspres berkenaan menjelaskan saman tertunggak sebelum membuat sebarang permohonan.

"LPKP Sarawak juga bersetuju melanjutkan had usia kenderaan bas sekolah daripada 25 tahun kepada 30 tahun tertakluk kepada kelulusan pemeriksaan berkala Puspakom," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan