Finas Lebih Agresif Martabatkan Filem Tempatan

Diterbitkan: Jumaat, 15 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) akan lebih agresif dan sistematik untuk memartabatkan filem tempatan di persada antarabangsa, kata Ketua Pengarahnya, Mohd Mahyidin Mustakim hari ini.

Langkah itu katanya, sejajar dengan gagasan Finas bagi "Filem Malaysia ke Persada Dunia" melalui program-program pembangunan perfileman yang menekankan aspek latihan, pemasaran dan penerbitan.

Berucap merasmikan Festival Filem dan Video Pelajar Malaysia Ketujuh (FFVPM7) di sini, beliau berkata, festival itu adalah usaha beterusan Finas dalam melahirkan generasi pelapis pembikin serta karyawan muda dalam bidang perfileman.

Festival anjuran bersama Finas dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bertemakan "Ke Arah Persada 1Malaysia" itu disertai 20 institusi pengajian tinggi dengan penyertaan 121 filem dan video.

Mohd Mahyidin berkata, tema festival itu bertepatan dengan strategi pelaksanaan Dasar Perlimeman Negara yang menggariskan pelan pembangunan modal insan khususnya menyediakan tenaga kerja bagi meningkatkan mutu perfileman.

Sementara itu, Naib Canselor UniMAP, Prof Datuk Dr Kamarudin Hussin dalam ucapannya berkata, jumlah penonton filem di pawagam semakin meningkat.

Beliau berkata, sepanjang 2008, sebanyak 48.85 juta orang menonton filem di pawagam dan angka itu meningkat sebanyak 30.7 peratus berbanding 2007 dengan 33.55 juta penonton.

Sempena ferstival itu pelbagai acara diadakan termasuk tayangan filem, pameran multimedia, pendidikan dan komersil, seminar, persembahan kebudayaan dan forum perfileman dengan antara tokoh yang diundang termasuk Senator Tan Sri Jins Shamsudin, Othman Hafsham dan Burhanuddin Md Radzi. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan