Tidak Salah NGO Kemuka Resolusi - Mashitah

Diterbitkan: Khamis, 14 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim menyambut baik tindakan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang akan mengemukakan resolusi mengenai isu kalimah Allah kepada Yang di-Pertuan Agong.

Menurut beliau, ia adalah inisiatif bersama yang dibuat melalui saluran yang betul dan tidak salah untuk mereka berbuat demikian.

“Tak salah untuk mereka berbuat demikian. Tetapi pada masa yang sama, golongan ini juga perlu sedar sebarang keputusan mengenai isu tersebut akan diputuskan di mahkamah,” katanya selepas menyerahkan sijil dan diploma kepada para graduan Institut Profesional Baitulmal (IPB) sempena Majlis Konvokesyennya yang Ke-Tujuh di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan sebuah akhbar tempatan mengenai beberapa badan bukan kerajaan yang akan menghantar resolusi mengenai isu tersebut kepada Yang di-Pertuan Agong, semalam.

Mashitah menjelaskan, masalah itu timbul kerana penggunakan kalimah Allah dalam akhbar Herald-The Catholic Weekly dan bukannya isu agama Islam itu sendiri.

Beliau juga menyaran semua umat Islam untuk memahami isu tersebut terlebih dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi.

Pada masa yang sama, beliau mahukan rakyat bukan Islam memahami bahawa masyarakat Islam memandang hal ini dengan serius dan berharap diselesaikan secepat mungkin secara damai.

Selain itu, beliau juga memberi cadangan agar semua pihak mencapai kata putus menerusi forum-forum keagamaan yang diadakan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan bukannya secara terbuka dalam media.

“Saya berharap isu ini dapat selesaikan secara harmoni agar tidak menimbulkan ketegangan dikalangan rakyat negara kita yang berbilang kaum,” katanya.

Menurut beliau, terdapat beberapa perkataan yang hanya boleh digunakan dalam konteks agama Islam sahaja seperti 'solat' dan 'kiblat'. “Masyarakat bukan Islam lain perlu peka terhadap perkara-perkara seperti ini agar tidak menimbulkan salah faham kelak,” katanya.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan