Lawatan Najib Perkukuh Hubungan Malaysia-Arab Saudi

Diterbitkan: Khamis, 14 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JEDDAH: Hubungan Kuala Lumpur dan Riyadh dijangka menjadi lebih kukuh hasil apabila Datuk Seri Najib Tun Razak tiba malam ini untuk lawatan empat hari ke Arab Saudi.

Duta Malaysia ke Arab Saudi Datuk Syed Omar Syed Mohamad Al-Sagaff memberitahu pemberita bahawa Malaysia berharap dapat meningkatkan kerjasama khususnya dalam bidang ekonomi, perdagangan, teknologi maklumat, sains dan keselamatan.

Antara acara utama Najib, yang akan diiringi isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, ialah pertemuan dengan Raja Arab Saudi Raja Abdullah Abdul Aziz Al-Saud di Riyadh, dan, menghadiri majlis menandatangani memorandum persefahaman mengenai kerjasama mengenai dasar keselamatan.

Syed Omar berkata hubungan antara kedua-dua negara amat baik tetapi Malaysia berharap interaksi antara masyarakat perniagaan Malaysia dan Arab Saudi dapat diperluaskan.

Anggota rombongan Perdana Menteri termasuk Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Ini merupakan lawatan rasmi pertama Najib ke Arab Saudi selepas menjadi Perdana Menteri pada April tahun lepas. Ia adalah hasil undangan Raja Abdullah.

Perdana Menteri juga dijadual mengadakan perbincangan dengan Timbalan Perdana Menteri Kedua Putera Nayef bin Abdulaziz Al-Saud yang juga Menteri Dalam Negeri.

Syed Omar berkata perbincangan Najib dengan pemimpin-pemimpin Arab Saudi akan meliputi perkara berkaitan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) yang berpejabat di Jeddah selain isu serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama.

MoU yang akan ditandatangani nanti akan merangkumi kerjasama dalam usaha menentang keganasan, pengedaran dadah, pemalsuan dokumen dan jenayah lintas sempadan.

Syed Omar berkata Malaysia juga berharap menarik lebih ramai pelajar Arab Saudi dan dari Timur Tengah menuntut di Malaysia.

Arab Saudi merupakan rakan kongsi perdagangan kedua terbesar Malaysia di rantau Asia Barat, selepas Emiriyah Arab Bersatu.

Pada 2008, dagangan berjumlah RM11 bilion, atau 20.3 peratus daripada jumlah dagangan Malaysia dengan rantau itu, dan 0.9 peratus daripada keseluruhan jumlah dagangan Malaysia.

Eksport Malaysia ke Arab Saudi berjumlah RM3.5 bilion dan importnya berjumlah RM7.6 bilion. Bagi tempoh Januari-Julai tahun lepas, jumlah dagangan ialah RM4.1 bilion.

Baru-baru ini, Malaysia dan Arab Saudi menubuhkan satu syarikat usaha sama bernilai US$2.5 bilion yang akan terlibat dalam sektor minyak dan gas, tenaga yang oleh diperbaharui dan hartanah di Malaysia dan di negara lain.

Najib dijadual bertemu masyarakat perniagaan Malaysia di Arab Saudi selain melawat Universiti Sains dan Teknologi Raja Abdullah.

Perdana Menteri juga akan menunaikan umrah. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan