Kumpulan Fokus Dirancang Basmi Kemiskinan Daerah - Berita Semasa | mStar

Kumpulan Fokus Dirancang Basmi Kemiskinan Daerah

Diterbitkan: Khamis, 14 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah akan menubuhkan 'Focus Group Membasmi Kemiskinan' peringkat daerah khusus bagi memastikan penyaluran sebarang bentuk bantuan kepada penduduk miskin di kawasan tertentu benar-benar berkesan dan menepati sasaran.

Menterinya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, kumpulan itu nanti akan dianggotai Pegawai Daerah, pegawai-pegawai yang berkaitan, Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi daerah yang berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya ketika ini ada mengesan kes-kes di mana penduduk miskin di daerah tertentu yang tidak dapat menikmati kemudahan-kemudaan yang disediakan oleh kerajaan buat mereka.

"Seperti (contoh) bantuan Rumah Rakyat Termiskin, peruntukan diberikan (mungkin) 10 unit, sedangkan di daerah berkenaan ada lebih daripada jumlah itu yang layak mendapatkannya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan amanat tahun baru kepada warga kementerian di sini hari ini.

Mohd Shafie berkata, itu sebabnya selain pegawai daerah, kumpulan itu akan turut dianggotai Ahli Parlimen dan ADUN, yang seharusnya lebih memahami keperluan masyarakat di kawasan mereka.

Menurut beliau, kementerian akan sentiasa memantau kumpulan ini bagi memastikan ia tidak disalah guna untuk kepentingan politik pihak-pihak tertentu. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan