Karpal Singh Nafi Guan Eng Enggan Beri Kerjasama Dengan Polis

Diterbitkan: Khamis, 14 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengerusi DAP Karpal Singh menafikan dakwaan Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng enggan bekerjasama dengan polis untuk memberikan kenyataan di bawah Seksyen 112 Kod Prosedur Jenayah Sabtu lepas.

Karpal Singh berkata Lim sebelum itu, meminta diberikan salinan laporan polis mengikut Seksyen 112, yang memerlukan kenyataan perlu dicatatkan.

"Dalam kenyataannya, Ketua Menteri menjelaskan bahawa beliau bukan enggan memberikan kenyataan tetapi perlukan satu salinan laporan polis," sambil menambah bahawa laporan polis akan memastikan apa sahaja beliau katakan adalah yang benar kerana beliau terikat dengan kebenaran.

Karpal Singh menambah di bawah Seksyen 193 atau 203 Kanun Keseksaan kerana memberikan keterangan palsu, mereka-reka keterangan palsu atau memalsukan maklumat kepada polis, akan dikenakan hukuman penjara, yang mungkin dilanjutkan sehingga dua tahun dan denda atau kedua-duanya.

"Ia adalah perlu dalam undang-undang, bagi seseorang pegawai polis mencatatkan kenyataan di bawah Seksyen 112 untuk memberikan seorang saksi sebelum memberikan kenyataan, laporan polis berkaitan kanyataan diambil bagi membolehkan saksi itu, dalam konteks ini dakwaan dalam laporan tersebut untuk menyatakan kebenaran," katanya pada persidangan akhbar di sini hari ini.

Semalam, akhbar melaporkan bahawa Ketua Polis Negeri itu memberikan amaran kepada Lim bahawa polis tidak akan teragak-agak menangkapnya jika beliau gagal memberikan kenyataan mengenai dakwaan menghasut.

Lim sedang disiasat kerana dakwaaan mengeluarkan kenyataan hasutan semasa Konvensyen Pakatan Rakyat, bahawa kematian setiausaha politik, Teoh Beng Hock disebabkan dibunuh di Shah Alam pada 19 Disember, tahun lepas. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan