Gaji Minimum Sektor Swasta Akan Dikaji

Diterbitkan: Khamis, 14 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kerajaan akan mengkaji semula mekanisme pelaksanaan gaji minimum bagi sektor swasta yang bertujuan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S. Subramaniam.

Beliau berkata, langkah itu selaras dengan matlamat kerajaan untuk merealisasikan Model Ekonomi Berpendapatan Tinggi yang akan membolehkan pekerja menerima gaji yang berpatutan dan keluar daripada belenggu kemiskinan.

"Gaji di banyak sektor termasuk pengeluaran masih sangat rendah. Kita tidak tahu sama ada gaji rendah ini menyebabkan pekerja tempatan tidak berminat menyertainya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan Tahun Baru kepada kakitangan kementerian itu di sini hari ini.

Subramaniam berkata, kajian penetapan gaji bagi kategori pekerjaan perhotelan dan pengawal keselamatan telah dilakukan dan akan diumumkan tidak lama lagi.

Katanya, kajian turut dilakukan bagi pekerja dalam industri elektronik dan tekstil yang akan mengambil masa antara enam hingga lapan bulan sebelum keputusan mengenainya dibuat.

Mengenai kira-kira 39,000 warga negara India yang dilaporkan "hilang" di Malaysia selepas visa pelancongan mereka tamat, beliau berkata tindakan tegas perlu diambil terhadap majikan yang mengambil pekerja haram.

"Jika ini dilakukan, ia menunjukkan kerajaan serius mengenai perkara ini, dan majikan akan berasa bimbang untuk mengambil pekerja haram.

"Selepas pendatang tanpa izin tidak boleh mendapat pekerjaan di negara ini, secara otomatik mereka akan pulang," katanya.

Subramaniam berkata, bukan tugas mudah bagi kerajaan untuk mengenal pasti setiap orang yang tinggal melebihi had tempoh masa di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, isu warga asing menghilangkan diri selepas tempoh visa mereka tamat di negara ini amat membimbangkan. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan