Doktor Muda Digalak Buat Pengkhususan Dalam Bidang Nefrologi - Berita Semasa | mStar

Doktor Muda Digalak Buat Pengkhususan Dalam Bidang Nefrologi

Diterbitkan: Khamis, 14 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Nefrologi Malaysia (MSN) disaran untuk bekerja rapat dengan Kementerian Kesihatan dan universiti tempatan dan menggalakkan lebih ramai doktor muda membuat pengkhususan dalam bidang nefrologi.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata langkah ini ialah untuk berusaha memenuhi sasaran kementerian bagi menyediakan sekurang-kurangnya 10 pakar nefrologi bagi sejuta penduduk menjelang tahun 2020.

"Bayangkan kita mempunyai penduduk 34.9 juta menjelang 2020 dan tidak ada pakar nefrologi dari negara ini, kita terpaksa mengeluarkan 245 lagi pakar nefrologi menjelang 2020.

"Ini bermakna bahawa kita perlu melatih sekurang-kurangnya 22 pakar nefrologi setahun mulai tahun ini untuk memenuhi sasaran ini," katanya berucap pada majlis makan malam ulang tahun MSN ke-25 dan pelancaran buku bertajuk "Nephrology in Malaysia-Celebrating 50 Years of Progress" di sini malam tadi.

Beliau berkata nisbah sekarang ialah kira-kira 3.5 pakar nefrologi bagi sejuta penduduk di negara ini adalah tidak mencukupi untuk mengekalkan khidmat sekarang.

Liow berkata kini kementerian mempunyai 49 pakar nefrologi termasuk lapan pakar nefrologi paediatrik.

Beliau juga menyarankan agar pakar nefrologi mestilah berminat dalam mempromosikan kesihatan serta pencegahan untuk membanteras wabak penyakit yang berkaitan dengan gaya hidup. BERNAMA

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan