Bayaran Makanan Asrama Sekolah Dipinda

Diterbitkan: Khamis, 14 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran memaklumkan bahawa terdapat pindaan terhadap pelaksanaan bantuan makanan asrama sekolah tahun ini ekoran kekangan peruntukan bajet mengurus bagi kementerian itu.

Ketua Setiausaha kementerian tersebut, Tan Sri Dr Zulkurnain Awang dalam satu kenyataan media hari ini berkata, berdasarkan pindaan itu, kementerian memutuskan untuk menaikkan bayaran Bantuan Makanan Asrama daripada RM1 kepada RM3 sehari bagi pelajar yang ibu bapa mereka berpendapatan melebihi RM5,000 sebulan.

Bagi ibu bapa yang berpendapatan kurang daripada RM5,000, bayaran RM1 sehari dikekalkan manakala pelajar di kalangan keluarga miskin dikecualikan sepenuhnya seperti amalan sebelum ini.

Beliau berkata, kerajaan terpaksa menanggung kenaikan subsidi daripada RM14 kepada RM16 sehari bagi setiap pelajar di mana sebahagian daripada pelajar berkenaan adalah terdiri daripada kalangan keluarga yang berkemampuan.

Katanya, sekiranya kadar subsidi itu diteruskan sepenuhnya, kerajaan akan membelanjakan antara RM1.2 bilion hingga RM1.4 bilion bagi menanggung Bantuan Makanan Asrama pelajar-pelajar. "Kementerian telah merangka beberapa langkah penjimatan dengan mengambil kira bahawa penjimatan ini tidak akan menjejaskan program-program kecemerlangan akademik, kokurikulum dan sahsiah pelajar," katanya.

Dr Zulkurnain berkata, bagi memastikan terdapat penjimatan, pengurusan makanan di sekolah perlu lebih cekap di mana pihak sekolah perlu menyediakan peraturan yang lebih kemas untuk memastikan pelajar yang ingin pulang di hujung minggu dimaklumkan lebih awal supaya pesanan bilangan makanan dapat dikurangkan dan penjimatan dapat dilaksanakan.

Menurut beliau, sekolah telah diberi peruntukan berasaskan perkiraan 200 hari dengan jumlah pelajar yang maksimum dan jika ini tidak mencukupi, kementerian akan mengambil tindakan bagi menampung keperluan tersebut.

"Sekolah tidak harus memaksa mana-mana pelajar untuk pulang pada cuti hujung minggu atau cuti umum dan mereka yang tinggal di sekolah tidak dikenakan apa-apa bayaran tambahan," katanya.

Dalam pada itu, Dr Zulkurnain berkata, peruntukan tambahan akan dibekalkan sekiranya peruntukan awal berasaskan perkiraan 200 hari tidak mencukupi, dan sekolah juga boleh menggunakan baki peruntukan tahun-tahun sebelumnya untuk tujuan ini.

"Kutipan Yuran Makanan Asrama (YMA) yang perlu dibayar oleh ibu bapa atau penjaga buat masa ini masih dikekalkan untuk 200 hari dengan kadar RM1 sehari dan RM3 sehari bagi pelajar yang ibu bapa mereka berpendapatan RM5,000 dan lebih," katanya.

Beliau turut berharap agar semua pihak dapat sama-sama berganding bahu memikul cabaran dan tanggungjawab dalam merealisasikan agenda pendidikan nasional berikutan kedudukan kewangan pada tahun ini. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan