Suami Bayar Hutang Bantuan Pendahuluan Nafkah

Diterbitkan: Rabu, 13 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Hutang bantuan pendahuluan nafkah selepas diperintahkan oleh Mahkamah Syariah akan dibayar balik oleh suami atau bekas suami, kata Timbalan pengarah Bahagian Sokongan Keluarga di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Dr. Mohd Naim Mokhtar.

Menurut Mohd Naim, jabatan itu boleh menggunakan pelbagai cara supaya si bapa atau suami membayar balik hutang termasuk merampas dan melelong harta miliknya.

"Duit yang kita dapat hasil lelongan harta suami akan dikembalikan ke dalam tabung bantuan itu. Melalui cara ini, dana berkenaan akan ada aliran kewangan dan kepada yang memerlukan boleh memohon daripada dana itu," katanya kepada The Star semalam.

Kelmarin Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom mengumumkan kerajaan memperuntukkan sebanyak RM15 juta untuk membantu isteri-isteri yang dalam proses perceraian yang tidak diberikan nafkah oleh suami.

Menurutnya, insentif itu diberikan supaya mereka dapat meneruskan hidup dengan baik dan tidak diabaikan.

Mengulas lanjut Mohd. Naim menegaskan, dalam soal itu yang utama ialah penguatkuasaan kerana dana itu tidak bermaksud si suami boleh melepaskan tanggungjawab dan menyerahkan kepada kerajaan untuk menjaga keluarga mereka.

"Penguatkuasaan perlu supaya suami menghormati perintah pembayaran nafkah oleh suami supaya isteri dan anak-anak mendapat manfaat daripada perintah yang dikeluarkan oleh mahkamah syariah," katanya.

Beliau menambah ia penting untuk para isteri mendapatkan perintah pembayaran nafkah daripada mahkamah syariah sebelum memohon bantuan dana.

"Bantuan wang itu akan diberikan kepada isteri-isteri setelah mendapat perintah pembayaran nafkah oleh mahkamah jika mereka masih tidak menerima nafkah daripada suami atau bekas suami mereka. Mereka boleh datang ke sini dan mengemukakan aduan terhadap suami mereka," jelasnya.

Berdasarkan aduan, bahagian tersebut akan mengambil tindakan yang bersesuaian terhadap suami yang berdegil dengan perintah mahkamah, tambahnya.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan