SPRM Sedia Bersemuka Balasubramaniam Di Mana Sahaja

Diterbitkan: Rabu, 13 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedia untuk bersemuka dengan penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam di mana sahaja bagi merakamkan keterangan berhubung dakwaannya disogok RM5 juta.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Abu Kassim Mohamed berkata, pihaknya sedia untuk menemui penyiasat persendirian itu sama ada di dalam atau luar negara.

"Apa yang penting bagi kita ialah untuk mendapatkan keterangannya sebagai saksi utama kerana tanpa kenyataannya, siasatan sempurna tidak dapat dijalankan.

"Kita sedia untuk berjumpa Bala di mana sahaja... dari segi fasiliti (tempat) tak ada masalah, kita akan bersetuju," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai perkembangan terkini siasatan berhubung rakaman cakera padat (CD) yang dikatakan mengandungi lapan perkara mengenai penyiasat persendirian kepada Abdul Razak Baginda itu.

Antara lapan perkara yang terdapat dalam CD itu ialah berhubung isu wang RM5 juta yang ditawarkan kepada Balasubramaniam untuk menarik balik akuan bersumpahnya, ugutan terhadap keluarganya, penerimaaan RM750,000 oleh Balasubramanian dan RM800,000 kepada keluarganya, termasuk paksaan akuan sumpah yang disediakan.

Balasubramaniam sebelum ini menggemparkan negara apabila pada 3 Julai tahun lalu muncul di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan mengumumkan akuan bersumpahnya mengaitkan Datuk Seri Najib Tun Razak, (waktu itu Timbalan Perdana Menteri) dengan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang mati dalam pembunuhan yang mengerikan.

Bagaimanapun keesokannya pula, dia menarik balik kenyataan dalam akuan sumpah awal melalui akuan kedua pada sidang media yang diadakan secara tergesa-gesa dan kelam-kabut sebelum menghilangkan diri secara misteri ke luar negara bersama keluarga.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Mohd Shukri Abdull berkata, Balasubramaniam tidak perlu takut untuk berhadapan dengan pihaknya berhubung siasatan itu.

"Saya seru kepada Balasubramaniam supaya datang kepada kita (di mana sahaja), jangan takut.

"Balasubramaniam hanyalah saksi kepada kita, bukannya orang yang kita nak tuduh," katanya pada sidang media yang sama.

Ditanya sama ada pihaknya berusaha mengambil langkah untuk mencari lelaki itu, beliau berkata: "Saya tak perlu beritahu proses untuk kita dapatkannya, tapi memang kami sedang berusaha untuk mendapatkan kenyataannya... setakat ini belum jumpa lagi."

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan