Nelayan Asing Dikesan Guna Modus Operandi Baru

Diterbitkan: Rabu, 13 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Penahanan dua buah bot nelayan Vietnam di perairan Terengganu semalam berjaya membongkar taktik terbaru nelayan asing yang menyamar sebagai bot nelayan tempatan untuk mengelakkan mereka daripada ditahan pihak berkuasa.

Ketua Penguatkuasa Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) Daerah Kuala Terengganu, Komander (M) Syed Mohd Fuzi Syed Hasan berkata mereka dikesan mewarnakan bot dengan warna bot nelayan tempatan selain turut mengibarkan bendera negeri tertentu dan bendera Malaysia.

"Dalam tangkapan pertama pada pukul 2.10 petang berhampiran Pelantar Minyak Lawit di kedudukan 75 batu nautika dari Kuala Terengganu, kapal KM Jarak yang diketuai Leftenan Aidil Adzhar Saleh bersama 23 anggota mengesan sebuah bot nelayan berada dalam keadaan mencurigakan.

"Bot tersebut cuba mengaburi penguatkuasa dengan mengibarkan bendera Kelantan dan bendera Malaysia selain mengecat bot mereka dengan warna merah, iaitu warna yang digunakan oleh nelayan Kelantan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ketika pemeriksaan hendak dilakukan, bot itu cuba melarikan diri menyebabkan tiga das tembakan amaran dilepaskan sebelum mereka menyerah diri. Syed Mohd Fuzi berkata hasil pemeriksaan ke atas bot itu menemui sembilan awak-awak dan seorang tekong dipercayai warga Vietnam berumur antara 14 dan 45 tahun di atas bot dan kesemuanya tiada dokumen pengenalan diri.

Beliau berkata APMM merampas 20 kilogram hasil tangkapan laut.

Syed Mohd Fuzi berkata dalam perjalanan pulang membawa bot itu, pihaknya menerima satu lagi laporan menyatakan terdapat sebuah bot nelayan asing menggunakan modus operandi serupa sedang menangkap ikan di kawasan berhampiran.

Laporan itu membawa kepada penahanan sebuah lagi bot nelayan Vietnam yang membawa 12 awak-awak kira-kira pukul 4.40 petang pada kedudukan 70 batu nautika dari Kuala Terengganu.

"Kali ini bot nelayan Vietnam ini menyamar dengan mengecat bot mereka berwarna kuning, iaitu warna bot bagi nelayan Pahang," kata beliau.

Syed Mohd Fuzi berkata kesemua nelayan itu ditahan mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Perikanan 1985 dan jika sabit kesalahan, seorang tekong boleh dikenakan denda sebanyak RM1 juta manakala seorang awak-awak boleh dikenakan denda RM100,000.

Ekoran penahanan berkenaan, APPM akan memantau bot-bot nelayan tempatan bagi memastikan kegiatan penyamaran oleh bot nelayan asing itu dikekang, katanya.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan