Kesesakan Bandar Kangar Dijangka Di atasi Dalam RMK-10

Diterbitkan: Rabu, 13 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Majlis Perbandaran Kangar (MPK) bercadang membina beberapa tempat letak kereta termasuk di bawah tanah bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di bandar itu yang semakin ketara sekarang.

Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan Negeri Abdul Jamil Saad berkata perancangan itu dijangka dilaksana dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh.

MPK telah memohon peruntukan bagi menjalankan kajian kesesuaian dan struktur untuk cadangan membina tempat letak kereta bawah tanah di kawasan padang MPK itu, katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Selain itu kata beliau, MPK juga telah memohon untuk membina bangunan setinggi enam tingkat di Jalan Penjara di sini dengan tiga tingkat diperuntukkan sebagai tempat letak kereta.

Pada masa ini MPK hanya menyediakan 1,559 tempat letak kereta dan angka itu tidak mampu menampung jumlah kenderaan yang semakin bertambah selain turut menyebabkan kesesakan lalu lintas.-BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan