Keputusan Kes Cerai Fasakh Mastura 27 Januari

Diterbitkan: Rabu, 13 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mastura bersama peguamnya, Roslizam Rahim di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan hari ini. -Foto The Star oleh UU BAN
Mastura bersama peguamnya, Roslizam Rahim di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan hari ini. -Foto The Star oleh UU BAN

KUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Mohd Yunus Mohamad Zin di sini menetapkan 27 Januari ini untuk membuat keputusan kes tuntutan cerai fasakh Mastura Bakar terhadap suaminya, Datuk Muhamad Mustafa Idrus.

Peguam Syarie Roslizam Rahim yang mewakili Mastura memohon penangguhan untuk memfailkan hujahan bertulis sebelum atau pada 20 Januari ini.

Bagaimanapun, defendan tetap tidak hadir pada prosiding hari ini.

Menurut Roslizam, beliau tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai Mustafa kerana tiada sesiapa yang menghubungi lelaki itu.

Dalam pada itu, Mohd Yunus menganggap Mustafa tidak berminat untuk membuat pembelaan.

Mastura, 24, sebelum ini mengemukakan tuntutan fasakh di bawah Seksyen 52 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) terhadap Mustafa, 54, seorang ahli perniagaan dan juga bekas suami kepada penyanyi popular lagu-lagu etnik, Noraniza Idris. Tuntutannya itu difailkan pada April tahun lalu.

Pada 5 Januari lalu, Mastura mendakwa Mustafa pernah meniduri lebih 10 wanita sepanjang perkahwinan mereka, tidak adil dalam berpoligami dan banyak berfoya-foya.

Dia juga mengaku merupakan isteri keempat kepada ahli jawatan kuasa Umno Tasek Gelugor itu.

Namun, wanita itu hanya mengetahui tentang statusnya itu semasa mahu melahirkan anak sulung mereka.

Suaminya turut berkahwin dengan tiga wanita termasuk Noraniza Idris.

Mastura dan Muhamad Mustaffa bernikah pada 3 Jun 2005 di Masjid Pengkalan Hulu, Perak dan dikurniakan tiga anak berusia dua hingga lima tahun.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan