Tuntuan Royalti Minyak Kelantan Tidak Akan Dilayan

Diterbitkan: Selasa, 12 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Kerajaan Pusat tidak bercadang membuat kajian atau melayan tuntutan baru kerajaan Kelantan untuk mendapatkan royalti minyak kononnya hasil itu diperoleh dari kawasan sempadan negeri itu dengan Terengganu itu kerana tuntutan itu dianggap tidak berasaskan kenyataan, demikian dinyatakan di sini.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed berkata, tindakan kerajaan negeri mengemukakan tuntutan itu hanya merupakan satu usaha PAS mencipta isu baru bagi mengubah pandangan rakyat setelah gagal dalam tuntutan awalnya.

Mustapa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan berkata demikian bagi mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa semalam bahawa kerajaan Kelantan telah mengemukakan tuntutan royalti minyak yang baru melibatkan kawasan sempadan negeri itu dan Terengganu.

Menurut Husam, tuntutan itu melibatkan sebuah pelantar, dikenali pelantar Bintang yang telah beroperasi sejak 1984, terletak bersempadan antara Kelantan dan Terengganu dan sejak itu, jumlah royalti diperoleh oleh Kerajaan Pusat ialah RM9.7 bilion.

"Tindakan kerajaan negeri Kelantan itu bertujuan meraih simpati rakyat untuk menyokong perjuangan PAS dalam tuntutan itu," katanya. Kerajaan Pusat katanya, telah menolak tuntutan royalti oleh kerajaan Kelantan dengan alasan minyak yang diperoleh adalah di luar kawasan perairan negeri itu. Bagaimanapun, Kerajaan Pusat menawarkan wang ehsan bagi membantu rakyat negeri itu.

"Kerajaan Pusat sedang berbincang dengan pihak berkaitan bagi memastikan wang ehsan yang akan diberikan itu dapat diagihkan kepada rakyat dalam masa terdekat ini," katanya.

Menurutnya, tindakan kerajaan dalam menangani isu itu menunjukkan kerajaan Barisan Nasional tidak zalim dalam memenuhi kepentingan rakyat dan ini selaras dengan hasrat kerajaan merealisasikan program "Juara Rakyat".

Mustapa juga berkata, Badan Perhubungan Umno Kelantan akan memberi penekanan terhadap usaha meningkatkan gerakan penerangan kepada rakyat berhubung isu-isu semasa yang berlaku dalam negara.

"Sebelum ini Umno tidak begitu menekankan gerakan penerangan dalam kalangan rakyat menyebabkan mereka mudah terkeliru dengan isu dan dakyah yang ditaburkan oleh pembangkang," katanya.

Mengenai pergolakan dalaman yang berlaku dalam Umno Bahagian Rantau Panjang, Mustapa berkata, isu itu sudah diselesaikan apabila kedua-dua pihak terbabit bersemuka dan bersetuju untuk berdamai demi perpaduan dalam parti itu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan