Serangan Gereja: Polis Perlu Siasatan Lanjut Sebelum Buat Tangkapan

Diterbitkan: Selasa, 12 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Polis perlu membuat siasatan lanjut mengenai serangan terhadap beberapa gereja baru-baru ini sebelum melakukan sebarang tangkapan untuk memastikan mereka yang diberkas benar-benar melakukan perbuatan itu, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Katanya polis juga perlu melihat senario lebih besar iaitu sama ada semua serangan itu adalah satu perbuatan konspirasi pihak-pihak yang mempunyai agenda tertentu ataupun merupakan serangan secara berasingan.

"Daripada apa yang berlaku, nampaknya begitulah (kes berasingan). Adalah sesuatu yang membimbangkan sekiranya ia merupakan tindakan yang dikoordinasi oleh kumpulan-kumpulan tapi kalau kes-kes ini kes berasingan, insya-Allah ia dapat dibendung," katanya kepada pemberita selepas majlis perhimpunan bulanan dan perutusan tahun baru kementerian, di sini hari ini.

Semalam beliau dilaporkan berkata pihak polis sudah mempunyai petunjuk atau maklumat untuk mengenal pasti suspek tertentu yang bertanggungjawab terhadap kes serangan di Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati namun ia tidak boleh didedahkan kerana akan mengganggu siasatan yang sedang berjalan.

Hishammuddin berkata sehingga pagi ini tiada kejadian baru serangan rumah ibadat dikesan, namun pemantauan akan diteruskan.

Ditanya mengenai cadangan aktivis sosial, Dr Chandra Muzaffar, mengenai pembentukan Majlis Perundingan Keharmonian Nasional untuk membincangkan hal-hal sensitif antara agama, Hishammuddin berkata beliau akan membincangkan perkara itu dengan Chandra.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, yang turut hadir, meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai serangan itu agar tampil ke mana-mana balai polis untuk memberikan kenyataan.

"Setakat ini dalam Facebook, dalam blog, memang ada, tapi kita kena pastikan betul-betul.

"Kita perlu berhati-hati dengan maklumat ini (kerana) kita mahu memberkas orang yang betul-betul terlibat," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan