Saifuddin: "Saya Ahli Yang Ke-39..."

Diterbitkan: Selasa, 12 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: "Nombor ahli saya dalam PKR ialah 039... saya antara orang terawal menganggotai dan mengasaskan PKR," demikian tegas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat yang baru, Saifuddin Nasution Ismail menyelar kenyataan pihak tertentu yang mempertikaikan status keahliannya dalam parti itu.

Beliau berkata, tindakan mempersoalkan mengenai parti mana yang dianggotainya mungkin disebabkan perasaan cemburu pihak-pihak berkenaan mengenai pelantikan jawatannya sekarang.

"Mungkin mereka tak puas hati, tak tahulah saya macam mana isu remeh macam ni boleh timbul.

"Kalau saya bukan ahli PKR, macam mana saya boleh pegang jawatan dalam parti... tidakkah pelik jadinya," katanya kepada mStar Online di sini hari ini.

Saifuddin berkata demikian sebagai mengulas laporan sebuah akhbar hari ini yang menyiarkan mengenai persoalan segelintir pemimpin PKR dan PAS mengenai kedudukannya berikutan pengumuman jawatan sebagai Setiausaha Agung baru dalam PKR.

Ini kerana menurut laporan berkenaan, Ahli Parlimen Machang itu menjadi ahli PAS Kawasan Pokok Sena, Kedah pada Januari 2007 dan tidak pernah mengumumkan keluar parti tersebut.

Malah bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kedah, Zamil Ibrahim turut dilaporkan mendakwa, sehingga kini Saifuddin tidak pernah mengumumkan keluar daripada PAS walaupun selepas dilantik sebagai Pengarah Strategi PKR pada konvensyen parti itu di Seremban pada Mei 2007.

Bagaimanapun Saifuddin berkata fakta yang mengatakan beliau mendaftar sebagai ahli PAS kawasan Pokok Sena pada tahun 2007 adalah salah.

"Fakta itu salah, memang saya pernah jadi ahli PAS di sana, tapi bukan pada 2007.

"Sebaliknya saya jadi ahli PAS di situ sekitar 80an iaitu semasa saya masih belajar di universiti," katanya.

Jelasnya, beliau telah lama keluar daripada PAS malah pernah menyertai Umno sebelum menjadi generasi pertama yang menubuhkan PKR pada tahun 1999.

"Selepas keluar PAS, saya masuk Umno, lepas itu saya bersama-sama pemimpin lain tubuhkan PKR.

"Nombor ahli saya dalam PKR ialah 039... saya antara orang terawal menganggotai PKR," katanya.

Pada tahun 1997, beliau pernah dilantik menjadi Setiausaha Pergerakan Pemuda Umno di bawah pimpinan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Saifuddin memegang jawatan itu sehinggalah reformasi meletus dan Ahmad Zahid melepaskan jawatan Ketua Pemuda Umno.

Pelantikannya sebagai Setiausaha Agung PKR akan berkuatkuasa pada 1 Februari depan bagi menggantikan Datuk Salehuddin Hashim yang mengumumkan peletakan jawatannya baru-baru ini.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan