Penduduk Pulau Lubukan Bakal Guna Bekalan Elektrik Solar

Diterbitkan: Selasa, 12 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SANDAKAN: Masalah yang dihadapi oleh penduduk di Pulau Lubukan untuk menggunakan Sistem Solar Hibrid di kampung itu diatasi hasil keprihatinan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin.

Dalam lawatannya ke kampung itu hari ini, beliau mengumumkan untuk membiayai pemasangan meter di 33 rumah di kampung itu yang terletak kira-kira 30 minit perjalanan dengan menaiki bot dari bandar Sandakan.

Bung Moktar ketika ditemui pemberita berkata, sistem solar hibrid yang mampu membekalkan kuasa elektrik sebanyak 45kw siap dipasang di pulau itu pada Disember tahun lepas dan sudah boleh digunakan.

Katanya, ia tidak dapat disambung ke rumah penduduk kampung kerana mereka belum memasang meter elektrik dan pendawaian dalaman rumah yang perlu mereka tanggung sendiri.

"Bagi meringankan beban penduduk kampung, kos pembayaran bagi pemasangan meter elektrik di rumah terlibat akan dibiayai melalui peruntukan Pejabat Parlimen Kinabatangan," katanya.

Beliau berkata, pemasangan sistem solar hibrid di pulau itu dimulakan pada 2007 membabitkan kos RM1.97 juta dan menjadi projek perintis di Parlimen Kinabatangan.

Katanya, selepas ini, sistem itu yang memberi fokus di perkampungan terpencil akan dipasang di Kampung Tanjung Batu, Kuamut, Tidong dan Tundun Buangin.

Sementara itu, Ketua Kampung Pulau Lubukan Damit Nasir yang ditemui berkata, penduduk di pulau itu dianggarkan berjumlah 350 orang dan bekerja sebagai nelayan.

Katanya, ramai penduduk kampung tidak mempunyai pendapatan tetap dan sukar untuk membiayai sendiri pemasangan meter elektrik serta pendawaian dalaman di rumah masing-masing.

"Bantuan daripada Pejabat Parlimen Kinabatangan dapat meringankan beban kami untuk menggunakan bekalan elektrik dari sistem solar hibrid yang hanya menunggu kami memasang meter elektrik dan pendawaian dalaman di rumah," kata Damit. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan