Majlis Sulh Punca Sosilawati Tidak Hadir Ke Pejabat JAIS

Diterbitkan: Selasa, 12 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Usahawan produk kecantikan, Datuk Sosilawati Lawiya hari ini tidak hadir ke Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berhubung kes tangkapan khalwatnya baru-baru ini kerana terpaksa hadir ke majlis sulh di Mahkamah Tinggi Syariah hari ini.

Sehubungan itu, Penolong Pengarah Bahagian Perancangan dan Strategik JAIS, Shahrom Maarop ketika ditemui mStar Online memberitahu, pihaknya menetapkan tarikh baru untuk memanggil semula Sosilawati, 47, dan pasangan bagi memberikan keterangan berhubung insiden berkenaan iaitu pada Jumaat ini, pukul 9.00 pagi.

"Saya akan maklumkan kepada Sosilawati hari ini sama ada melalui telefon atau pegawai JAIS akan menemuinya bagi memaklumkan tarikh baru itu," katanya di sini hari ini.

Menurut Shahrom, siasatan tersebut adalah prosedur biasa yang dijalankan apabila timbul keraguan lebih-lebih lagi melibatkan kes bernikah di luar negara yang tidak didaftarkan di sini.

mStar Online dalam laporan eksklusifnya baru-baru ini menyebut, Sosilawati dan pasangannya ditahan dalam satu serbuan yang dijalankan oleh pihak Masjid Kolej Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang diberi tauliah penguatkuasaan mencegah maksiat dan khalwat oleh JAIS sekitar pukul 12.30 tengah malam tahun baru lalu.

Pengasas kosmetik yang berasal dari Batu Pahat, Johor itu bersama pasangannya yang juga seorang duda dilaporkan mengaku bersalah.

Sosilawati memberi alasan beliau telah singgah ke kondominium sewaan teman lelakinya itu selepas keluar makan malam untuk berbincang mengenai majlis perkahwinan yang dirancang berlangsung pada minggu hadapan.

Dakwaan khalwat itu bagaimanapun dinafikan sebuah akhbar tabloid, sambil mengaku bahawa mereka sebenarnya sudah pun berkahwin di luar negara.

Bagaimanapun pada malam kejadian, beliau gagal menunjukkan sebarang bukti surat nikah.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan