Laluan Shah Alam-Pelabuhan Klang-Banting Ditutup

Diterbitkan: Selasa, 12 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Laluan Persiaran Sultan Ibrahim ke Jambatan Kota di Klang yang menghubungkan Shah Alam dengan Klang Selatan, Pelabuhan Klang dan Banting akan ditutup kepada semua lalu-lintas mulai 22 Januari ini.

Majlis Perbandaran Klang (MPK) dalam satu kenyataan berkata, penutupan laluan itu adalah bagi kerja-kerja pembinaan jalan di bawah Sistem Penyuraian Lalu-lintas Bandar Klang Utara yang kini menghampiri Jambatan Kota yang merentasi Sungai Klang.

Berikutan penutupan itu katanya, pengguna laluan Persiaran Sultan Ibrahim dari Shah Alam atau Jalan Sireh akan dilencongkan ke Jalan Batu Tiga untuk menuju ke Klang Selatan, melalui Jambatan Musaeddin atau terus ke Kapar/Meru melalui Jalan Pasar.

"Bagi pengguna yang ingin ke Kapar, Meru dan Pelabuhan Klang , mereka boleh menggunakan Lebuhraya North Klang Valley Expressway terus ke Lebuhraya Shapadu.

"Bagi yang ingin ke Banting, Bandar Botanik, Bukit Tinggi, Taman Andalas, Taman Klang Jaya dan Taman Sentosa pula, mereka dinasihatkan supaya menggunakan Lebuhraya Kesas," kata MPK. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan