Konsep 1Malaysia Dalam PLKN Dilancar Jumaat Ini

Diterbitkan: Selasa, 12 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TUARAN: Mulai tahun ini, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) akan memberi penekanan kepada konsep 1Malaysia dalam setiap pengajaran dan latihannya bagi memastikan matlamat gagasan itu tercapai.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, pelancaran konsep 1Malaysia dalam PLKN itu akan dibuat pada Jumaat ini oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Program PLKN pada asasnya memang ke arah 1Malaysia, tetapi tidak disebut sebagai konsep 1Malaysia. Dengan pelancaran ini nanti penekanan konsep 1Malaysia akan lebih dititikberatkan supaya dapat digarapkan dalam kalangan pelatih," katanya kepada pemberita semasa melawat Kem PLKN KK Di Bawah Bayu di sini hari ini.

Abdul Hadi berkata, subjek Intergrasi yang diperkenalkan dalam program tersebut sejak tahun 2008 akan diperkukuhkan agar pelatih lebih memahami dan menghormati serta menghargai perbezaan kaum dan kepercayaan yang dianuti masing-masing.

Seramai 120,000 pelatih dipilih untuk menyertai latihan PLKN tahun ini yang terbahagi kepada tiga sesi. Sesi pertama sedang berlangsung di 79 kem di seluruh negara. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan