Kementerian Pengajian Tinggi Anjur Liga Bola Sepak IPT

Diterbitkan: Selasa, 12 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Liga Bola Sepak Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Piala Menteri Pengajian Tinggi dilancarkan hari ini yang akan membuka ruang untuk membangunkan kematangan para pelajar seiring dengan penglibatan mereka dalam aktiviti kokurikulum bagi melahirkan generasi yang cerdas dan cergas.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, penganjuran aktviti seumpama itu bukan bersandarkan kepada faktor bola sepak sebagai sukan paling popular, tetap lebih ke arah pembinaan dan pembentukan karektor setiap pemain.

Katanya, usaha membentuk karektor dan jati diri pelajar merupakan sebahagian daripada tanggungjawab kementerian dalam menghasilkan graduan yang mempunyai kebolehpasaran yang tinggi.

"Dalam usaha membentuk Malaysia sebagai sebuah negara maju, kecemerlangan di dalam sukan peringkat IPT turut diambil kira, justeru kewujudan liga seperti ini membolehkan kita mencungkil bakat-bakat baru.

"Ia bukan sekadar pengenalan program baru di dalam kampus, tetapi adalah strategi dalam mengukuhkan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum IPT," katanya kepada pemberita selepas pelancaran liga tersebut di Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini.

Mohamed Khaled berkata, liga yang melibatkan semua IPT seluruh negara itu melibatkan tujuh zon bagi IPTA yang dibahagikan kepada Zon Utara (Perlis, Kedah dan Pulau Pinang), Zon Tengah 1 (Perak, Kuala Lumpur dan Selangor), Zon Tengah 2 (Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan), Zon Selatan (Johor dan Melaka), Zon Sabah (Seluruh Sabah) dan Zon Sarawak (Seluruh Sarawak).

"Untuk IPTS pula, mereka akan mengadakan liga sendiri bagi memilih wakil ke peringkat akhir yang akan turut bertanding dengan wakil IPTA," katanya.

Beliau memberitahu, johan dari setiap zon akan layak ke pertandingan akhir yang akan diadakan secara karnival.

Terdahulu, beliau turut menyampaikan amanat tahun baru kementerian kepada seluruh warga kementerian, termasuk wakil-wakil dari institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS). -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan