IJN Bantu Bedah Jantung Kanak-Kanak Somalia

Diterbitkan: Selasa, 12 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pelarian warga Somalia bersyukur kerana anaknya yang berumur enam tahun dan menghidapi masalah jantung menerima peluang baru untuk meneruskan hidup dengan bantuan Institut Jantung Negara (IJN).

Mohamed Daud Ali telah menjalani pembedahan untuk menutup salah satu daripada saluran darah dalam injap jantungnya di IJN semalam dengan jayanya. "Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak IJN di atas bantuan mereka selama ini dan saya gembira kerana anak saya kini boleh menjalani kehidupan yang sihat seperti kanak-kanak lain," kata bapanya yang hanya mahu dikenali sebagai Ali.

Keluarga kanak-kanak ini diberi status pelarian oleh Suruhanjaya Bagi Pelarian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNHCR).

Bercakap melalui seorang penterjemah, Ali turut melahirkan rasa bangga atas bantuan IJN kepada mereka sejak kes anaknya dibawa ke perhatian Yayasan IJN oleh Pusat Perubatan Universiti Malaya pada Mei lepas.

Pengurus Besar Yayasan IJN, Alawiyah Yussof berkata, pembedahan dan rawatan Mohamed Daud adalah dalam anggaran RM17,000 dan setakat ini, sejumlah RM12,000 telah dikutip.

"Kita tolong dia dapatkan dana di mana kita menghantar surat permohonan kepada syarikat swasta dan NU Skin tampil sebagai organisasi pertama yang menyumbang sebanyak RM10,000," katanya selepas majlis penyerahan sumbangan hamper oleh NU Skin Malaysia kepada Mohamed Daud di sini hari ini.

Sejak 2008, syarikat itu telah meyumbangkan RM100,000 kepada Yayasan IJN setiap tahun.

"Untuk kes Mohamed Daud, sebanyak RM2,000 dikutip daripada staf IJN dan kini kanak-kanak itu masih memerlukan RM4,000.

"Oleh kerana dia bukan rakyat Malaysia dan tidak berhak mendapat bantuan kewangan kerajaan, kita cuba mendapatkan bantuan untuk menolong kanak-kanak ini," kata Alawiyah.

Beliau berkata, UNHCR hanya menanggung RM300 sahaja untuk caj perkhidmatan pesakit luar bagi kanak-kanak itu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan