Hampir 40,000 Warga India 'Hilang' Di Malaysia: Najib

Diterbitkan: Selasa, 12 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Sejumlah 39,046 warganegara India "hilang" di Malaysia selepas visa pelancongan mereka tamat tempoh dan perkara itu merupakan isu yang membimbangkan bagi negara ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, mereka tidak dapat dikesan daripada rekod Jabatan Imigresen, menurut anggaran yang dibuat pada Jun tahun lepas.

Katanya, keadaan itu menyebabkan jabatan itu kurang berminat mengeluarkan visa waktu ketibaan kepada warganegara India kerana kemudahan itu telah disalahgunakan, terutamanya mereka dari Chennai.

"Mereka ini yang datang ke Malaysia melalui kemudahan visa waktu ketibaan mungkin telah kembali ke India atau masih berada di negara ini. Mungkin bekerja di restoran-restoran India.

"Kami tidak tahu di mana mereka ini berada sekarang...kemungkinan masih berada di Malaysia atas alasan ekonomi," katanya dalam temu bual dengan para wartawan India yang sedang dalam rangka lawatan ke sini, di pejabatnya di sini semalam.

Najib membayangkan beliau mungkin akan membangkitkan isu itu pada lawatan rasmi tiga hari beliau ke India, bermula 19 Januari.

Perdana Menteri berkata, Malaysia bersikap agak liberal dalam membenarkan sami dan tukang gunting rambut dari India untuk datang dan bekerja di negara ini.

"Kami mengalu-alukan warganegara India datang melawat ke Malaysia sebagai pelancong. Kami bersikap agak liberal. Kami mahu mereka yang benar-benar tulen. Mereka amat dialu-alukan.

"Kami bersedia menimbangkan memperkenalkan semula skim visa itu bagi mereka yang datang dari bandaraya seperti Bangalore, Mumbai dan Delhi tetapi bukan dari Chennai. Masalah tinggal melebihi tempoh hanya membabitkan dari Chennai," katanya.

Ditanya sama ada kerajaan akan mengadakan dialog dengan kumpulan pendesak Hindu Rights Action Force (Hindraf), Najib berkata, semua pihak perlu sedar bahawa kumpulan itu telah "memperbesar-besarkan dan memanipulasi sepenuhnya seluruh situasi" membabitkan minoriti etnik India.

Beliau berkata, kebanyakan kaum India di negara ini mahu kerajaan sensitif terhadap keperluan mereka dan kerajaan responsif terhadap perkara itu.

"Kami telah menyelesaikan banyak masalah yang dihadapi kaum India dan saya tidak nampak yang Hindraf telah menjadi kuasa yang penting dalam politik Malaysia," katanya.

Ditanya mengenai langkah Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) yang bakal melantik duta khas untuk Jammu dan Kashmir, Najib berkata sebarang tindakan susulan hanya akan dapat dilakukan dengan persetujuan India dan Pakistan.

"Malaysia berpendapat isu ini wajar diselesaikan melalui rundingan secara aman," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan