300 Anggota ME 5 Ke Lubnan 21, 27 Januari Ini

Diterbitkan: Selasa, 12 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Seramai 300 pegawai dan anggota lain-lain pangkat Angkatan Tentera Malaysia akan menyertai Kontinjen Malaysia (Malcon) East 5 (ME 5) yang akan berangkat ke Lubnan pada 21 dan 27 Januari ini.

Kontinjen yang turut disertai 10 anggota wanita itu akan menggantikan Malcon East 4 di Kaokaba, Lubnan yang berada di sana sejak sembilan bulan lepas, di mana pasukan ini akan diketuai oleh Leftenan Kolonel Subari Tomo sebagai Komander Pasukan.

Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Zulkifeli Mohd Zin berkata, ME 5 terdiri daripada 220 anggota Tentera Darat dan masing-masing 40 anggota Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia.

"Kumpulan pendahuluan seramai 100 anggota akan berlepas ke Lubnan pada 21 Januari manakala kumpulan induk 200 anggota lagi akan berangkat pada 27 Januari," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan bendera Malaysia dan pemakaian beret Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu kepada ME 5 di Pangkalan Tentera Darat di sini, hari ini.

Beliau berkata, pasukan wanita akan bertugas selama empat bulan manakala anggota lain dijangka berkhidmat di Lubnan sehingga 21 Oktober tahun ini.

Zulkifeli berkata, persiapan fizikal dan mental anggota ME 5 lebih mantap berdasarkan pengalaman daripada pasukan-pasukan lepas yang berkhidmat di sana yang dicurahkan melalui latihan yang dijalani mereka sebelum benar-benar bersedia.

Sementara itu, pasangan adik-beradik yang terpilih untuk menyertai ME 5, Koperal Udara Che Fatimah Che Wil, 32, dan adiknya Prebet Mohd Riduan Che Wil, 24, sukar menggambarkan perasaan teruja mereka untuk bertugas di Lubnan.

Che Fatimah yang bertugas di Wisma Pertahanan berkata, walaupun sedikit gentar dengan misi itu namun perasaan gembira mengatasinya kerana berpeluang berkhidmat bersama adiknya di sana.

"Pertama kali menyertai misi, saya tak sangka terpilih dengan adik sekali dan insya-Allah kami berdua serta rakan-rakan lain tidak akan berdepan sebarang kesulitan selama berkhidmat di sana," kata anak kelahiran Gua Musang, Kelantan itu.

Mohd Riduan yang berkhidmat dengan Rejimen Askar Melayu Diraja Kem Senawang, Negeri Sembilan pula berharap misi itu dapat mengeratkan lagi hubungan mereka memandangkan mereka jarang dapat bertemu kerana tugas. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan