TPM Arah Langkah Segera Elak Serangan Di Sekolah Berulang

Diterbitkan: Isnin, 11 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengarahkan Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom supaya mengambil tindakan segera agar perbuatan terkutuk seperti kejadian membaling molotov koktail di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent Taiping semalam tidak berulang.

Timbalan Perdana Menteri berkata Ketua Pengarah Pelajaran juga diarahkan untuk berbincang dengan pihak polis mengenai cara-cara untuk menghadapinya bagi memastikan keselamatan murid-murid, guru-guru dan sekolah terjamin.

Bercakap kepada pemberita Malaysia yang membuat liputan lawatan rasminya ke United Kingdom, beliau berkata pihak berkuasa tidak boleh bertolak ansur dan mengambil tindakan segera menghalang kejadian perkara sebegini yang boleh menjejaskan keselamatan negara dan keharmonian kaum.

Menurutnya perbuatan sebegitu bukan satu adat, cara atau amalan di Malaysia.

"Seperti yang telah diputuskan oleh Perdana Menteri, kita mahu diambil segera langkah yang tegas terhadap pihak yang terlibat," katanya, sambil menyatakan bahawa kerajaan serius demi menjaga perpaduan di Malaysia.

"Kita minta semua pihak yang ada kepentingan, seperti para pemimpin keagamaan seperti agama Islam dan Kristian dan para pemimpin masyarakat agar dapat bekerjasama dan membantu usaha kerajaan ini," katanya.

Katanya beliau mengutuk sekeras-kerasnya serangan yang dilakukan ke atas gereja dan sekolah baru-baru ini kerana perbuatan itu tidak langsung melambangkan sifat-sifat rakyat Malaysia.

Selain itu, Timbalan Perdana Menteri berharap beberapa kejadian kebelakangan ini tidak akan menjejaskan kedatangan pelabur dan pelancong ke negara ini, terutama apabila petunjuk ekonomi menunjukkan pertumbuhan ekonomi dijangka mencatatkan 4.0 hingga 5.0 peratus pada tahun ini, daripada negatif pada tahun lepas.

Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pelancongan, Muhyiddin berkata Malaysia dijangka mencatatkan kedatangan 24 juta pelancong ke negara ini berbanding dengan lebih 23 juta kedatangan pelancong pada tahun lepas.

Selain itu, beliau berkata Malaysia juga kini menjadi salah satu daripada lima pilihan pelancong dari seluruh dunia manakala sebuah majalah, "Little Planet" yang sering dirujuk oleh para pelancong pula telah menyenaraikan Malaysia pada kedudukan ke-10 sebagai negara yang menjadi pilihan.

Yang turut hadir ialah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom dan Ireland Datuk Abd Aziz Mohamed.BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan