Sebarang Kenyataan Hanya Dengan Perkenan Pemangku Raja Kelantan - SUK

Diterbitkan: Isnin, 11 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri hari ini mengingatkan bahawa tidak ada pihak yang dibenar mengeluarkan sebarang kenyataan media sama ada atas kapasiti peribadi mahupun rasmi berhubung urusan pentadbiran atau hal ehwal istana tanpa terlebih dahulu mendapat perkenan Pemangku Raja Kelantan.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias berkata, makluman mengenai perkara itu terkandung di dalam Pekeliling Am Kerajaan Negeri Kelantan Bilangan 2/2009.

Katanya, arahan tersebut dengan jelas dan nyata memaklumkan bahawa tidak ada mana-mana pegawai, kakitangan kerajaan atau sesiapa sahaja dibenarkan untuk mengeluarkan atau membuat sebarang kenyataan kepada media massa bersangkutan dengan nama Sultan, Pejabat Sultan atau Istana Kelantan tanpa terlebih dahulu disembah maklumkan dan mendapat perkenan daripada Pemangku Raja Kelantan.

Larangan tersebut juga meliputi sebarang bentuk tindakan yang melibatkan urusan-urusan pentadbiran, pengurusan kewangan ataupun hal-hal lain yang bersangkutan dengan nama Sultan Kelantan, Pejabat Sultan dan juga Istana Kelantan.

Pekeliling Am itu turut mengingatkan mana-mana pegawai atau kakitangan kerajaan mereka juga tidak dibenarkan memberikan kenyataan sama ada atas kapasiti pribadi mahupun rasmi jika tidak terlebih dahulu memperolehi perkenan Pemangku Raja Kelantan.

"Sebarang kenyataan atau tindakan seperti perkara yang dinyatakan di atas hendaklah terlebih dahulu diangkat secara bertulis untuk dipersembah maklumkan ke hadapan Yang Maha Mulia Pemangku Raja melalui Setiausaha Sulit kepada Pemangku Raja Kelantan," kata Mohd Aiseri.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan