Perlu sokong gerakan tajdid: Asri

Diterbitkan: Isnin, 11 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyeru umat Islam di negara ini menyokong gerakan tajdid yang mahu meletakkan prinsip akidah berkait rapat dengan iman seseorang muslim.

Menurutnya, Islam yang ada pada hari ini tidak berubah sebagaimana yang Allah SWT turunkan pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. dan prinsip Islam itu tetap kekal tetapi yang berubah adalah manusia.

"Apabila manusia berubah ada perkara yang barangkali mereka perlu diingatkan semula. Boleh jadi manusia berubah dari sudut pegangan mereka atau boleh jadi mereka tersasar dalam memahami konsep agama itu sendiri.

“Agama tidak perlu dibaharukan tetapi kefahaman manusia tentang agama perlu diberi perhatian,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam bersama penyokongnya di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini malam tadi.

Antara tokoh sarjana yang terkenal dengan pemikiran tajdid ialah Umar Abdul Aziz, Muhamad Abdul Wahab dan Hassan Al-Banna.

Dr Asri berkata, gerakan kebangkitan tajdid ini penting dalam menjelaskan semula bagaimana untuk memahami Islam dengan meletakkan asas-asas penting agama agar ia difahami oleh umat Islam.

“Kita perlu mengajar mereka kembali kepada akidah dan bagaimana generasi awal memahami Islam. Kita menyeru umat Islam supaya kembali kepada ibadah yang diajar oleh Nabi.

Mohd Asri menjelaskan gerakan tajdid dilakukan bukan kerana umat Islam sudah terkeluar daripada ajaran agama tetapi ada aspek-aspek yang perlu diperbaharukan terutamanya sikap umat Islam dan prinsip iman yang perlu diberi perhatian.

Mohd Asri yang juga pensyarah dari Universiti Sains Malaysia (USM) berkata, penyebaran dan pemahaman tentang ajaran Islam telah memasuki era baru di mana orang tidak lagi menerima ‘bulat-bulat’ apa yang disampaikan oleh tokoh agama.

“Orang tidak lagi menerima apa yang dicakap oleh ustaz itu betul. Manusia bersedia mencabar dan mereka mungkin mempertikaikan agama dan Rasul,” katanya.

“Soal akidah dan ibadat kita begitu ketat, tidak ada penambahan, tidak ada rekaan dalam hal ini, tetapi kita begitu luas dalam muamalat (urusan kehidupan),” katanya.

Jelasnya, dalam perjuangan pembaharuan soal prinsip akidah Islam telah meletakkan al-Quran dan sunnah sebagai rujukan.

Namun, beliau berkata, umat Islam hendaklah menggunakan kebijaksanaan dan bergerak pantas mengatasi zaman.

“Orang sudah tidak pertikai tok guru tetapi nas yang digunakan, dan ini soal iman.

“Kita tidak boleh paksa perasaan manusia... Akidah adalah satu perkara yang tidak boleh dipaksa dan ia harus disedari oleh semua umat Islam tapi ia perlu diterima dengan rela dan kefahaman,” katanya.

Menurut beliau, pejuangan tajdid bukan untuk memaksa manusia menerima Islam sebaliknya menjadikan manusia rela menerima hujah agama.

“Selagi hujah tidak sampai kepada sesuatu kaum tentang kebenaran Islam, dia tidak akan diazab oleh Allah namun mungkin kita yang tidak menyampaikan agama ini akan diazab oleh Allah,” katanya.

Oleh itu, Mohd Asri berkata sudah tiba masanya umat Islam tidak lagi menjadi masyarakat yang defensif dan menerima sahaja serangan psikologi yang dilakukan oleh agama lain.

“Kita ada peruntukan yang banyak. Kita ada Jakim (Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia), Jais (Jabatan Agama Islam Selangor) dan pelbagai jabatan agama yang lain yang mempunyai peruntukan yang berbilion ringgit.

“Jika wang zakat sebanyak 10 peratus digunakan untuk menyebarkan gerakan yang menggerakan dakwah kepada golongan masyarakat bukan Islam adalah lebih baik,” ujarnya.

Beliau berkata, gerakan pembaharuan tidak boleh duduk pada tahap lama dan perlu selangkah ke hadapan mencabar arus kerana Islam perlu berdiri di atas fakta supaya ia dapat berkembang dalam era ini.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan