Penipuan Ancaman Serius Korporat Malaysia

Diterbitkan: Isnin, 11 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penipuan terus menjadi ancaman serius dalam korporat Malaysia, dengan 49 peratus syarikat Malaysia yang ditinjau, mengalami sekurang-kurangnya satu kejadian penipuan.

Ketua KPMG Forensic Malaysia, Tan Kim Chuan berkata, ancaman penipuan kebanyakannya berpunca dari dalam organisasi.

Menurut Tan, penipuan yang didalangi dari dalam oleh pekerja pengurusan dan bukan pengurusan merupakan 88 peratus daripada keseluruhan kes penipuan yang dilaporkan, membabitkan nilai berjumlah lebih RM60 juta dalam tempoh tinjauan.

Berdasarkan kaji selidik yang dijalankan itu, beliau meramalkan bahawa penipuan, terutamanya yang berkaitan dengan teknologi maklumat (IT), dijangka meningkat memandangkan syarikat-syarikat banyak menggunakan produk IT.

Sejumlah 47 peratus responden yang pernah mengalami penipuan dalam organisasi mereka menyatakan bahawa kerugian yang dialami dalam tempoh kaji selidik itu berjumlah RM63.95 juta.

Sebanyak 53 peratus selebihnya tidak pasti jumlah kerugian, kata Tan kepada pemberita selepas pelancaran Laporan Kaji Selidik Penipuan KPMG di Suruhanjaya Sekuriti di sini hari ini.

Laporan itu dilancarkan oleh pengerusi Suruhanjaya Sekuriti (SC), Tan Sri Zarinah Anwar.

Tan berkata, tinjauan yang dijalankan dari Januari 2006 hingga Disember 2008 itu, bertindak sebagai satu peringatan agar komitmen yang tegas diberikan terhadap pembanterasan kejadian penipuan dalam persekitaran yang disokong oleh budaya pematuhan dan penghayatan nilai keikhlasan dan kejujuran.

Beliau berkata, menurut tinjauan itu, sejumlah 714 kes penipuan berasingan dilaporkan oleh 84 peratus responden yangf mengalaminya dalam organisasi mereka, manakala baki 16 peratus tidak pasti tentang bilangan kes.

"Ketamakan, gaya hidup dan tekanan kewangan peribadi disebut sebagai dua motivasi paling lumrah bagi kes penipuan," katanya.

Beliau juga berkata, kecurian wang tunai dan inventori, tuntutan perbelanjaan palsu diikuti oleh sogokan, merupakan jenis penipuan yang paling lumrah dilakukan.

"Kecurian aset fizikal merupakan kategori penipuan paling lumrah dilakukan di kalangan pekerja peringkat bukan pengurusan dan pihak luaran. Pekerja peringkat pengurusan lebih cenderung melakukan kesalahan mencuri dana (keluar)," tegas Tan.

Kata beliau, syarikat-syarikat mestilah mengadakan langkah-langkah atau satu sistem untuk mengesan penipuan bagi mengurangkan kos akibat penipuan.

"Sebelum mengambil pekerja, syarikat juga mestilah menjalankan penyaringan. Kaedah paling ketara digunakan bagi mengesan penipuan ialah prosedur kawalan dalaman," katanya.

Kaedah-kaedah lain ialah pemberitahuan oleh pekerja, kajian audit dalaman, pemberitahuan oleh pelanggan atau pembekal dan surat terbang serta pemberi maklumat. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan