Penduduk Setinggan Yang Terjejas Projek Landasan Berkembar di Perak Terima RM4 Juta

Diterbitkan: Isnin, 11 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penduduk-penduduk setinggan yang terjejas akibat Projek Landasan Berkembar Ipoh-Padang Besar di kawasan Sungai Siput, Kuala Kangsar boleh menarik nafas lega kerana akan menerima saguhati sebanyak RM4 juta daripada Kerajaan Pusat.

“Kawasan Sungai Siput merupakan kawasan setinggan terakhir di Perak yang akan menerima bayaran. Manakala kawasan selebihnya di negeri itu telah pun menerima bayaran saguhati mereka,” kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Tambahnya, 43 buah rumah setinggan di kawasan tersebut daripada keseluruhan 490 buah rumah yang akan menerima saguhati di seluruh negeri itu.

“Wang sejumlah RM4 juta telah diperuntukkan untuk bayaran saguhati kepada setinggan-setinggan dan tambahan lebih daripada RM12 juta bagi membiayai kos infrastruktur dan penempatan semula penduduk dibawah “Rancangan Penempatan Tersusun (RPT) di Perak,” kata beliau.

Menurutnya, Kerajaan Persekutuan telah pun mengambil kira pandangan, rayuan dan maklum balas daripada pemimpin masyarakat dan pemimpin parti politik komponen Barisan Nasional di negeri terbabit.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan