Pemuda Maut Motosikal Rempuh Kerbau - Berita Semasa | mStar

Pemuda Maut Motosikal Rempuh Kerbau

Diterbitkan: Isnin, 11 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Seorang pemuda maut selepas motosikalnya merempuh sekumpulan kerbau di KM 8, Jalan Jerantut-Temerloh dekat Temerloh semalam.

Menurut Pegawai Turus Trafik dan Ketenteraman Awam Negeri, Deputi Supritendan Mohd Najid Jusoh, mangsa Mohamad Afandi Shamsuddin, 23, cedera parah dan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Temerloh.

"Ketika kejadian, mangsa yang datang dari arah Jerantut ke Temerloh tidak dapat mengawal motosikalnya apabila sekumpulan kerbau melintas jalan secara tiba-tiba hingga menyebabkan motosikal mangsa terbabas," katanya.

Dalam satu lagi kejadian, seorang warga emas berusia 82 tahun maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kereta di KM 12, Jalan Lipis-Benta dekat Kuala Lipis.

Yaacob Idris maut di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan kaki. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan