Pemimpin Gereja Ambil Pendekatan Gugur Penggunaan Kalimah Allah

Diterbitkan: Isnin, 11 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom berkata, pemimpin-pemimpin gereja di negara ini wajar mengambil pendekatan sama dengan seorang tokoh Kristian di Sabah yang meminta masyarakat Kristian di Malaysia menggugurkan tuntutan penggunaan kalimah 'Allah'.

Jamil Khir berkata, pendekatan sedemikian boleh memberi ruang bagi meningkatkan kerukunan dan keselamatan negara serta meredakan ketegangan yang timbul berikutan tuntutan penggunaan kalimah 'Allah' oleh Gereja Roman Katolik dalam penerbitan mingguannya, Herald.

"Saya amat mengalu-alukan supaya pihak-pihak ini mempunyai kesedaran dan tanggungjawab terhadap keselamatan negara dan keamanan di Malaysia.

"Saya rasa gereja lain juga sewajarnya memahami keadaan dan sejarah (mengenai penggunaan kalimah 'Allah' di negara ini) secara mendalam," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai perkara itu, di sini hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan seorang tokoh Kristian Sabah, Datuk Clarence Bongkos Malakun menyarankan agar Herald menarik balik tuntutan itu demi keharmonian dan keselamatan negara.

Sementara itu, Presiden Majlis Jaksa Pendamai Malaysia itu, yang juga Timbalan Presiden Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Sabah berkata, penganut Kristian di Malaysia tidak wajar mencontohi masyarakat Kristian di Indonesia yang menggunakan kalimah 'Allah' dalam urusan agama mereka, sebaliknya harus mematuhi Perlembagaan Malaysia.

Ditanya mengenai insiden membakar gereja di beberapa tempat di negara sejak dua hari lepas, Jamil Khir berkata, sesiapa pun tidak wajar melakukan perbuatan ini.

"Kita masih tak tahu siapa yang bertanggungjawab tapi sebenarnya kita tak boleh menyakiti antara satu sama lain dan ini adalah ajaran dan tegasan agama Islam," katanya.

Beliau berkata, dialog-dialog antara agama juga akan diteruskan dan diperhebatkan dari masa ke semasa supaya rakyat di negara ini akan lebih memahami agama kaum lain. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan