NGO Buat Laporan SPRM Libatkan Menteri Besar Selangor

Diterbitkan: Isnin, 11 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melibatkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berhubung kampus projek Universiti Teknologi Mara.

Pengerusi Bersih Bangun Selangor (Bebas), Mohd Abdul Raof Mokhtar berkata, kerajaan Selangor telah mengarahkan Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) supaya melantik Khalid sebagai pengerusinya, kerana jika tidak, pembinaan kampus itu di sekeping tanah milik yayasan itu akan dihentikan.

"Saya rasa terdapat unsur ugutan terhadap YBK. Jadi kami ingin melaporkan perkara ini kepada SPRM untuk siasatan," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu di ibu pejabat SPRM di sini.

YBK ditubuhkan oleh bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhd Muhammad Taib ketika negeri itu diperintah oleh Barisan Nasional. Ia kini dikendalikan oleh sebuah lembaga amanah dipengerusikan oleh Datuk Zainal Abidin Sakom.

Abdul Raof berkata, beliau sedia mengemukakan beberapa bukti kepada SPRM berhubung dakwaan itu. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan