Menteri Beri Kenyataan Media Dua Kali Sehari Soal Keselamatan, Kes Gereja Mulai Hari ini

Diterbitkan: Isnin, 11 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan mengeluarkan kenyataan akhbar dua kali sehari berkaitan perkembangan keselamatan negara termasuk kes cubaan membakar gereja bermula hari ini.

Ketua Setiuasaha Kemeterian Dalam Negeri, Datuk Seri Mahmood Adam berkata, setiap kenyataan masing-masing akan dikeluarkan pada waktu tengah hari dan petang bagi memberi gambaran dan maklumat sebenar kepada orang ramai berkaitan kes terbabit.

"Menteri akan buat kenyataan dua kali, satu tengah hari dan satu lagi petang. Kita mohon kepada orang ramai jika mereka ada terima maklumat mereka boleh menyemak dan memastikan maklumat itu itu daripada balai polis yang berhampiran atau terus menghubungi 999 untuk dapatkan maklumat terkini," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri pertemuan dengan perwakilan asing di Malaysia di Kementerian Dalam Negeri di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Mahmood memberitahu, beliau telah memaklumkan kepada 96 kedutaan asing di negara ini bahawa keadaan negara adalah terkawal.

"Mereka ingin tahu tentang tindakan dan jaminan keselamatan yang telah diambil," ujarnya.

Tambah beliau, wakil-wakil asing juga mahu gambaran sebenar tentang keadaan yang berlaku supaya mereka boleh membuat laporan yang jelas kepada negara masing-masing.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan