Kirim Kad Ucapan Tahun Baru Cina Sebelum 8 Februari

Diterbitkan: Isnin, 11 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pos Malaysia Berhad (PMB) menasihatkan pelanggan untuk mengirimkan kad ucapan Tahun Baru Cina selewat-lewatnya 8 Februari ini untuk memastikan kad-kad tersebut dapat disampaikan tepat pada waktunya.

Tahun Baru Cina pada tahun ini ialah pada 14 dan 15 Februari ini.

PMB, dalam kenyataan hari ini berkata, semua kad hari perayaan akan dikategorikan sebagai Surat Standard ataupun Surat Bukan Standard bergantung kepada berat, saiz dan ketebalannya.

PMB menjelaskan bahawa berat maksimum untuk Surat Standard ialah 50 gram, saiz maksimum ialah 165 milimeter (mm) x 250mm manakala ketebalan maksimum ialah 6.00mm.

Katanya kad hari perayaan yang tidak menepati garis panduan yang ditetapkan akan dikategorikan sebagai Surat Bukan Standard.

Kadar pos untuk Surat Standard ialah 30 sen untuk berat 20 gram ke bawah dan 40 sen untuk berat 20 gram hingga 50 gram. Kadar untuk Surat Bukan Standard pula bermula pada 50 sen untuk 50 gram ke bawah.

PMB juga menasihatkan pelanggan mematuhi peraturan berkaitan dengan barangan larangan dan ia termasuk mercun, bahan api dan barangan berbahaya yang lain.

Pelanggan yang ingin mengirimkan kuih raya dan bahan makanan ke destinasi antarabangsa diminta merujuk ke kaunter pejabat pos berdekatan terlebih dahulu.

Pelanggan boleh mengungjungi laman web PMB di www.pos.com.my atau menghubungi talian Pusat Khidmat Pelanggan PMB, PosLine di 1-300-300-300 untuk maklumat lanjut. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan