IKIM Nafi Radio Anjur Muzakarah

Diterbitkan: Isnin, 11 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) hari ini menafikan penglibatan stesen radionya IKIM fm dalam muzakarah "Katakanlah Allah Itu Yang Maha Esa" di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta di sini Rabu ini.

Pegawai Perhubungan Awam IKIM, Sapuah Nawawi berkata, IKIM fm tidak terlibat dalam penganjuran muzakarah itu sungguhpun nama stesen radio itu termasuk dalam senarai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam yang menganjurkan majlis itu seperti mana yang diiklankan dalam sebuah akhbar berbahasa Melayu hari ini.

"Radio IKIM fm telah menyusun dan menyiarkan rancangannya sendiri bagi menjelaskan isu penggunaan perkataan Allah oleh akhbar HeraldThe Catholic Weekly kepada masyarakat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut iklan itu, muzakarah berkenaan akan diadakan secara tertutup dan hanya boleh dihadiri oleh anggota NGO yang berdaftar di Malaysia dan berkaitan dengan Islam dan Melayu sahaja. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan