Harga Gula Mungkin Naik Lagi - Ismail Sabri

Diterbitkan: Isnin, 11 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiada jaminan harga gula akan kekal pada RM1.65 sehingga hujung tahun ini selepas penarikan subsidi sebanyak 20 sen yang berkuat kuasa 1 Januari lalu.

Bagaimanapun, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, sebarang kenaikan selepas ini akan dibuat selepas memproleh persetujuan Kabinet.

Katanya, kerajaan tidak akan sewenang-wenangnya menaikkan harga bahan makanan itu.

"Buat masa ini harga gula kekal seperti yang diumumkan sebelum ini, namun begitu saya tidak dapat memberi jamiman harga tersebut tidak akan dinaikkan untuk dua ke tiga tahun akan datang.

"Sebarang kenaikan kita perlu berbincang di peringkat Kabinet sebelum membuat sebarang kenaikan harga," katanya ketika ditemui selepas memberi taklimat kepada Exco Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri Umno mengenai subsidi kerajaan di sini hari ini.

Pada 1 Januari lalu, kerajaan menarik subsidi gula sebanyak 20 sen menjadikan harganya kini RM1.65 sekilogram di Semenanjung manakala di Malaysia Timur berharga RM1.75 sekilogram.

Menurut Ismail Sabri lagi, kenaikan 20 sen itu tidak memberi bebanan kerana mengikut kajian setiap isi rumah hanya menggunakan satu hingga dua kilo gula sahaja setiap bulan.

Beliau turut menyeru rakyat Malaysia supaya menerima kenaikan ini sebagai peringatan dan langkah positif dalam menjaga kesihatan.

"Anggap sahaja kenaikan ini sebagai 'hadiah' daripada kerajaan untuk kita mengurangkan pengambilan gula dan menjaga kesihatan dengan lebih efektif," ujarnya.

Beliau turut menyelar pihak-pihak yang menuduh tindakan kerajaan menaikkan harga gula kononnya mengugat usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menyemarakkan konsep 1Malaysia.

"Jika saya nak naikkan harga gula pada bulan Februari pun orang akan kata saya membantutkan usaha 1Malaysia kerana ketika itu Tahun Baru Cina akan disambut oleh masyarakat cina," ujarnya.

Mengulas mengenai kenaikan harga makanan dan minuman oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab, beliau menyeru supaya pengguna menggunakan kuasa dan kebijaksanaan dalam berbelanja.

"Pengguna mesti bijak, jika ada peniaga naikkan harga, beralih kepada peniaga yang tidak mengambil kesempatan," katanya lagi.

Dalam pada itu, Ismail Sabri turut memberitahu, pihaknya akan meneliti dengan lebih mendalam mengenai subsidi petrol kepada warganegara dan bukan warganegara yang berkuatkuasa pada 1 Mei depan.

"Tiada sebab kenapa kita perlu beri subsidi kepada bukan warganegara negara ini dan kita hanya akan beri pada yang benar-benar layak.

"Kita akan kaji perkara ini dengan lebih mendalam supaya tidak timbul masalah apabila dilaksanakan 1 Mei nanti," katanya.

Beliau turut memberitahu beberapa pendekatan yang akan dibincang kemudian bakal digunakan mengenai persoalan orang awam berhubung kapisiti enjin dan kuasa kereta milik warganegara yang layak mendapat subsidi minyak.

"Jangan risau, kita akan cuba puaskan hati semua pihak, kita sedang berusaha supaya semua pihak mendapat win-win situation," ujarnya.

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin memberitahu, ketiga-tiga sayap Umno itu berpendirian bahawa mereka menerima dengan hati terbuka mengenai isu penarikan subsidi tersebut.

"Kita menerima dengan hati yang terbuka mengenai isu subsidi gula dan petrol ini dan menerima baik penjelasan Datuk Ismail bahawa pengurangan subsidi gula tidak akan melibatkan kenaikan harga makanan dan minuman," katanya yang ditemui selepas majlis berkenaan.

Beliau turut menyambut baik jaminan menteri itu bahawa Akta Kawalan Harga akan dipinda pada Mac ini pada sesi Parlimen akan datang supaya satu bahagian baru iaitu bahagian mencegah keuntungan luar biasa diperkenalkan.

"Buat masa ini kerajaan tidak boleh mengambil tindakan terhadap peniaga yang menaikkan harga barangan harga sedangkan barang tersebut tidak terdapat dalam senarai Akta Kawalan Harga oleh kerajaan," katanya.

Beliau turut memberitahu bahawa ketiga-tiga sayap Umno mengambil serius terhadap isu subsidi minyak yang menjadi polemik orang ramai mengenai individu yang layak menerima subsidi tersebut.

"Ada yang mencadangkan mengikut kapisiti enjin kenderaan, kita memberi maklum balas bahawa kapisiti enjin tidak semestinya mencerminkan pendapatan mereka.

"Kita juga mengambil berat tentang pasaran gelap yang akan disalahgunakan oleh pihak tertentu. Jika mekanisme subsidi ini tidak dilakukan dengan betul, kami bimbang ia akan memberi peluang kepada pihak yang tidak bertanggungjawab menyeleweng," katanya lagi.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan