Cubaan Membakar Gereja Kelapan

Diterbitkan: Isnin, 11 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Menteri Besar Negeri Sembilan (tiga dari kanan) Datuk Seri Mohamad Hasan melawat gereja Sidang Injil Borneo (SIB) di bangunan rumah kedai dua tingkat di Lake View Square, Seremban 2 di sini , hari ini. Turut sama Timbalan Ketua Polis Negeri Datuk Abd Manan Mhd Hassan.-Foto BERNAMA.
Menteri Besar Negeri Sembilan (tiga dari kanan) Datuk Seri Mohamad Hasan melawat gereja Sidang Injil Borneo (SIB) di bangunan rumah kedai dua tingkat di Lake View Square, Seremban 2 di sini , hari ini. Turut sama Timbalan Ketua Polis Negeri Datuk Abd Manan Mhd Hassan.-Foto BERNAMA.

SEREMBAN: Sebahagian daripada pintu masuk Gereja Sidang Injil Borneo di Seremban 2 di sini terbakar dalam satu percubaan membakar bangunan tersebut pada pagi tadi, kata Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Abd Manan Mohd Hassan.

Kejadian itu telah menjadikan lapan rumah ibadat terbabit terlibat dalam masa hanya tiga hari. Sebuah sekolah juga menjadi sasaran penjenayah pada Sabtu lalu.

Dalam satu kejadian di Miri, cermin tingkap Gereja Shephard Church berkecai apabila dilemparkan batu. Kejadian tersebut yang pertama di Malaysia Timur.

Pada Sabtu lalu bertempat di Taiping, bom molotov koktel telah dilemparkan di Gereja All Saints dan Gereja St Louis Catholic, namun tiada kerosakan dilaporkan.

Sementara itu, sebuah rumah pondok keselamatan di Sekolah Menengah Convent juga di Taiping mengalami sedikit kerosakan pada tingkap pondok itu apabila bom molotov telah dilemparkan ke halaman sekolah tersebut, namun terselamat apabila bom itu tidak meletup.

Di Melaka, cat hitam telah dicurahkan pada tembok luar bangunan Gereja Baptist di Durian Daun.

Manakala pada Jumaat, Gereja Metro Tabernacle telah rosak teruk dalam serangan pihak yang tidak bertanggungjawab. Tiga gereja lain juga telah diserang namun mengalami kerosakan yang tidak ketara.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan