Tun Fatimah Hashim Selamat Dikebumikan

Diterbitkan: Ahad, 10 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Tun Dr Fatimah Hashim
Tun Dr Fatimah Hashim

KUALA LUMPUR: Jenazah Tun Dr Fatimah Hashim, 85, telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Negara di sini selepas Zuhur tadi.

Wanita pertama yang dilantik menganggotai jemaah menteri Malaysia itu meninggal dunia di rumahnya pada 11.35 malam tadi kerana sakit tua.

Anak beliau, Abdul Karim Abdul Kadir berkata, jenazah Allahyarham akan dikebumikan selepas solat Zuhur hari ini di Masjid Negara iaitu bersebelahan pusara suaminya, Tan Sri Abdul Kadir Yusoff iaitu bekas Peguam Negara dan Menteri Undang-Undang dan Pembangunan Negara.

"Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Masjid Negara selepas menerima kebenaran daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya. Allahyarham meninggalkan 6 anak.

Allahyarham dilahirkan di Kampung Parit Kurma, Muar, Johor pada 25 Disember 1924 dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Perempuan Mersing, Johor sebelum memulakan kerjaya sebagai guru.

Allahyarham Fatimah yang dilantik sebagai Menteri Kebajikan pada 20 Mei 1969 hingga 1 Mac 1973, memasuki arena politik pada 1947 dan pernah memegang jawatan Ketua Pergerakan Kaum Ibu Umno yang kini dikenali sebagai Wanita Umno pada 11 September 1956 hingga Jun 1972.

Allahyarham juga pernah menyandang jawatan Naib Presiden Umno sebanyak tiga penggal mulai 1963 hingga 1967. Pada 19 Ogos tahun lepas, Allahyarham dipilih sebagai seorang daripada empat rakyat Malaysia yang terkemuka dan cemerlang untuk menerima Anugerah Merdeka bagi kategori Pendidikan dan Komuniti. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan