Tokoh Maal Hijrah Sumbang Dana Tubuh Klinik

Diterbitkan: Ahad, 10 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BESUT: Kerana ingin sentiasa berkhidmat kepada rakyat, Tokoh Maal Hijrah 1431, Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor telah menyumbang RM70,000 bagi menubuhkan sebuah klinik kesihatan untuk kegunaan masyarakat di daerah Besut.

Sumbangan itu merupakan sebahagian besar daripada wang yang diperolehi beliau ketika dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah negara barubaru ini untuk diabadikan kepada penduduk daerah itu dan kawasan sekitarnya.

Dr Mohd Yusof yang juga Pengerusi Felda berkata, klinik yang akan dinamakan sebagai 'Klinik Nadi Ehsan' itu terletak di Bangunan Baitul Ehsan, Umno Bahagian Besut di bandar Jerteh di sini, akan memulakan operasinya pada awal bulan depan.

"Klinik kesihatan itu akan diuruskan satu jawatankuasa yang akan dibentuk oleh Umno Bahagian Besut dan ia akan berfungsi untuk khidmat kecergasan kesihatan tetapi bukan untuk merawat penyakit-penyakit seperti di hospital atau klinik perubatan yang lain," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, penduduk boleh menggunakan khidmat yang disediakan oleh klinik itu nanti secara percuma dan mungkin hanya akan diminta menderma bagi tujuan mengisi tabung untuk pengurusan klinik berkenaan sahaja. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan