Saifuddin Nasution Dilantik Setiausaha Agung Baru PKR

Diterbitkan: Ahad, 10 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) semalam melantik Ahli Parlimen Machang sebagai Setiausaha Agung parti yang baru bagi menggantikan Datuk Salehuddin Hashim yang meletakkan jawatannya baru-baru ini.

Mesyuarat biro politik PKR malam tadi turut membuat keputusan untuk menerima notis peletakan jawatan Salehuddin.

Khamis lalu, Salehuddin telah menghantar notis peletakan jawatan dan meminta Majlis Pimpinan Tertinggi parti itu menghormati keputusannya.

Sementara itu, Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali turut mengesahkan bahawa beliau telah menerima e-mel salinan notis peletakan jawatan itu.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Syed Husin berkata, Salehuddin memberikan notis peletakan jawatan yang berkuatkuasa pada 31 Januari ini tetapi tidak menyatakan alasan mengenai peletakan jawatan tersebut.

Bagaimanapun bekas Setiausaha Agung PKR itu dilaporkan meletak jawatannya untuk membolehkan beliau menumpukan perhatian dalam bidang perundingan pengurusan minyak dan gas.

Salehudddin yang mengambil alih jawatan tersebut daripada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Mac 2008, bagaimanapun kekal sebagai anggota biasa parti itu.

Beliau mula menyertai PKR pada 2004 sebagai setiausaha pengelola sebelum dilantik menjadi setiausaha agung.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan