Projek Landasan Berkembar Seremban-Gemas Berjalan Lancar

Diterbitkan: Ahad, 10 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR GAJAH: Pembinaan projek landasan keretapi elektrik berkembar Seremban-Gemas bernilai RM3.45 bilion, kini lebih 32 peratus telah siap.

Presiden Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Dr Aminuddin Adnan berkata, projek landasan berkembar sepanjang 98.2 km itu mula dibina oleh IRCO NInternational Ltd, anak syarikat Indian Railway, pada Januari 2008 dan dijangka siap pada Ogos 2012.

"Setelah siap projek ini, tren laju dengan enam gerabak mampu membawa 350 penumpang dan bergerak dengan kelajuan 140 kilometer sejam," katanya kepada pemberita selepas lawatan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam ke tapak projek berkenaan di Stesen Keretapi Pulau Sebang di sini, hari ini.

Projek berkenaan turut melibatkan pembinaan lima stesen baru dan sebuah hentian yang terletak di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Aminuddin berkata, projek menaiktaraf sistem pengangkutan keretapi itu penting bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat daripada pengguna terutama perkhidmatan antara bandar.

"Keseluruhan pendapatan perkhidmatan antara bandar, pada tahun lepas kita mendapat RM86 juta berbanding RM83 juta pada tahun sebelumnya (2008)," katanya.

Sementara itu, Mohd Ali berkata, pembinaan dua buah stesen baru iaitu di Pulau Sebang di sini dan Batang Melaka di Jasin, akan menarik lebih ramai pelancong melawat Melaka.

Beliau berkata, dalam Rancangan Malaysia Ke-10, kerajaan Melaka telah memohon kepada Kerajaan Pusat supaya memanjangkan landasan keretapi berkenaan hingga ke bandaraya Melaka.

"Perkhidmatan keretapi ini merupakan kemudahan pengangkutan awam yang amat penting bagi penduduk dan pelancong terutama bagi mengatasi kesesakan lalu lintas jalan raya di Melaka," katanya.

Beliau berkata, kerajaan Melaka juga mencadangkan kepada kerajaan pusat membina landasan keretapi laju di kawasan pesisir pantai menghubungkan MelakaNegeri Sembilan dan Johor pada masa depan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan