Pas Dicabar Bawa Royalti Minyak Ke Mahkamah

Diterbitkan: Ahad, 10 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BACHOK: Kerajaan Kelantan di bawah pimpinan Pas dicabar supaya membawa isu royalti minyak ke mahkamah sekiranya mereka tidak berpuas hati dengan cadangan kerajaan pusat akan memberikannya dalam bentuk wang ehsan dengan tidak perlu mempolitikkan isu itu.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein berkata ini kerana cadangan kerajaan pusat itu sudah muktamad selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkannya pada pembentangan Bajet 2010.

"Ini sahajalah kaedah yang ada bagaimana untuk menyelesaikannya tetapi saya tidak fikir Pas akan menerima cabaran itu kerana tiada kes mengenainya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Perupuk di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan parti itu melancarkan gerakan secara besarbesaran sebagai membantah cadangan wang ehsan dan mahukan ia diubah dalam bentuk wang royalti dengan dakwaan hak mutlak rakyat Kelantan mesti dikembalikan.

Ini termasuk pembentangan kainkain rentang di jalan raya utama termasuk Kota BaharuKuala Krai dan terbaharu akan mengadakan perhimpunan secara besarbesaran pada akhir bulan ini dengan disertai badanbadan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan percaya Pas sudahpun menyedarinya tetapi sengaja mahu memutar belitkan isu itu supaya mereka terus berkuasa pada pilihan raya umum kelak.

Selain itu, Pas juga mahukan rakyat Kelantan membenci kerajaan Barisan Nasional (BN) seolaholeh pemberian wang ehsan itu menzalimi rakyat negeri tersebut.

Katanya kerajaan pusat bersedia menyalurkan peruntukan itu kepada kerajaan negeri sekiranya mereka dapat mengemukakan projekprojek yang akan dilaksanakan bagi faedah rakyat tetapi sehingga ini, masih gagal mengemukakannya.

"Mereka mahukan kerajaan pusat menyalurkan kesemua wang itu tanpa bersyarat (senarai) dan mereka mungkin mahu membelanjakannya secara sesuka hati termasuk bagi kepentingan politik," katanya.

Malah kerajaan pusat menerusi Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) dan agensiegensi kerajaan pusat akan membelanjakannya secara telus bagi kepentingan rakyat Kelantan terutama membantu mereka yang miskin, tambahnya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan