Muhyiddin Tiba Di London Bagi Lawatan Rasmi Pertama Lima Hari

Diterbitkan: Ahad, 10 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Lapangan Terbang Heathrow London di sini kira-kira jam 5.10 pagi waktu tempatan (kira-kira jam 1.10 petang di Malaysia) bagi melakukan lawatan rasmi selama lima hari sehingga 14 Januari ini.

Beliau yang diiringi isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, telah disambut oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom dan Northern Ireland Datuk Abdul Aziz Mohammed.

Beliau kemudiannya disambut oleh Timbalan Peseuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom dan Northern Ireland serta ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan yang berpangkalan di sini di hotel penginapannya di Sheraton Park Tower di sini.

Lawatan rasmi pertama beliau ke sini itu adalah susulan undangan Menteri Kanak-kanak, Sekolah dan Keluarga Ed Balls dan Menteri Perniagaan, Inovasi dan Skil United Kingdom Lord Peter Mandelson untuk menyertai dan menyampaikan ucaptama di Forum Teknologi dan Pembelajaran Dunia, yang akan diadakan di sini dari 11 hingga 13 Januari ini.

Beliau akan berucap forum itu di Queen Elizabeth II Conference Centre (QEIICC) di sini pada 12 Januari.

Forum itu, yang bermatlamat membantu pemimpin pendidikan dunia membincangkan dan mengkaji bagaimana teknologi yang mampu menambah baik kualiti serta akses kepada pendidikan, dijangka disertai kira-kira 50 Menteri Pelajaran dan warga pendidik dari 70 negara dari seluruh dunia.

Perbincangan dan pembentangan di forum itu akan berkisar kepada tema utama forum iaitu Reimagining Education yang merangkumi tiga tema kecil iaitu enabling regeneration and economic recovery (membolehkan regenerasi dan pemulihan ekonomi); striving for excellence (berusaha untuk kecemerlangan); dan preparing for the future (persediaan untuk masa depan).

Semasa berada di United Kingdom, Muhyiddin akan mengambil peluang untuk meningkatkan kerjasama dua hala antara Malaysia dan United Kingdom dalam bidang pendidikan seperti mengkaji peluang pendidikan yang terdapat di United Kingdom bagi membolehkan guru dan pegawai pendidikan meningkatkan kelayakan, kemahiran dan pengalaman mereka melalui pemberian latihan di institusi pengajian tinggi yang sesuai di United Kingdom.

Muhyiddin juga akan meninjau usaha transformasi dan inovasi dalam pendidikan di institusi pendidikan United Kingdom, termasuk melawat sebuah sekolah, iaitu Sunbury Manor School di sini.

Sekolah itu merupakan sebuah sekolah menengah komuniti dan juga sekolah pakar yang mengaplikasikan persekitaran pembelajaran dengan menggunakan teknologi virtual.

Lawatan itu juga bertujuan menambah baik secara berterusan sistem pendidikan di Malaysia, termasuk memperkukuh aspek kepimpinan pendidikan serta penggunaan teknologi terkini bagi menambah baik kualiti pendidikan dan kemahiran.

Timbalan Perdana Menteri akan turut mengadakan perjumpaan dengan penuntut serta komuniti Malaysia di London serta memberi penjelasan dan berdialog dengan mereka mengenai perkembangan dan isu-isu semasa negara.

Selain itu, Muhyiddin akan mengadakan sesi pertemuan bersama pelabur berpotensi tinggi dari United Kingdom bersama Lembaga Pembangunan Perindustrian Malaysia (Mida).

Beliau juga akan melawat Pusat Pengajian Islam Oxford (OXCIS) dan berjumpa dengan penuntut Malaysia di University Oxford, melawat Auditorium Malaysia di OXCISOxford Centre for Islamic Studies dan memberi ceramah bertajuk "Islam dan isu-isu kritikal di Malaysia yang mempunyai penduduk berbilang agama".

Lawatannya pada kali ini dijangka dapat membawa keuntungan kepada sektor pendidikan dan ekonomi negara.

Bukan sahaja kerjasama duahala dalam bidang pendidikan sedia ada di antara Malaysia dan United Kingdom dapat dimantapkan, malah bidang-bidang kerjasama baru dalam pendidikan dan ekonomi dapat diterokai dan dipertingkatkan.

Yang paling utama, hubungan diplomatik yang erat antara kedua-dua negara akan bertambah kukuh dengan rangka lawatan Timbalan Perdana Menteri ke United Kingdom pada kali ini. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan